2 pelajar UnIPSAS hafiz 30 juzuk Al-Quran meninggal dunia, motosikal bertembung ambulans. 'Keduanya sangat cintakan ilmu agama, berakhlak mulia'

No Image Caption
A
A
A

TERNYATA ALLAH lebih menyayangi mereka. Belum sempat menghabiskan pengajian dan berkhidmat kepada masyarakat, dua orang pelajar Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS) yang juga tahfiz 30 juzuk Al-Quran meninggal dalam kemalangan.

Memetik laman sosial universiti berkenaan, Allahyarham Muhammad Zuhair Rifqi bin Abdul Jalil  dan Muhammad Firdaus bin Mohamad Zamri disahkan meninggal dunia apabila motosikal dinaiki bertembung dengan sebuah ambulan swasta.

Dalam kejadian pukul 11.00 pagi itu, Muhammad Zuhair Rifqi Abdul Jalil, 21 tahun, pelajar Diploma Pengajian Quran dan Sunnah, meninggal dunia di lokasi kejadian.

No Image Caption

Muhammad Firdaus, 22 tahun, pelajar Ijazah Sarjana Muda Syariah Dengan Pentadbiran Kehakiman (Kepujian), pula disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Zon Merah Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).

"Keduanya sangat cintakan ilmu agama dan berakhlak mulia. Merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Islam Al-Irsyad sehingga Tingkatan Lima dan berjaya menghafaz 30 juzuk Al-Quran.

"Mereka kemudian, melanjutkan pengajian ke Tahfiz Bestari, Kuliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar, Pekan sehingga tamat Tingkatan Lima.

"Semangat keduanya dalam mendalami ilmu al-Quran diteruskan apabila mereka menyambung pengajian di Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS). 

Artikel Berkaitan:

Kemalangan melibatkan motosikal dinaiki dua pelajar UnIPSAS merempuh ambulans di persimpangan lampu isyarat berhampiran Masjid Hidayah, Paya Besar, Kuantan
Kemalangan melibatkan motosikal dinaiki dua pelajar UnIPSAS merempuh ambulans di persimpangan lampu isyarat berhampiran Masjid Hidayah, Paya Besar, Kuantan

"Al-Fatihah buat keduanya. Moga ditempatkan di kalangan orang beriman dan beramal soleh," kongsinya.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Kuantan, Superintenden Mohd Adli Mat Daud dalam satu kenyataan memaklumkan, siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila van ambulans swasta terbabit sedang membawa pesakit dari arah HTAA menuju ke Bukit Rangin.

 

"Ketika ambulans dengan siren dihidupkan itu hendak membelok ke kanan di persimpangan lampu isyarat, secara tiba-tiba dirempuh motosikal pelajar berkenaan yang datang dari arah Gambang di bahagian sisi.

 

"Akibat rempuhan itu, pemandu dan pembantu ambulans, masing-masing berusia 49 dan 43 tahun turut cedera dan kini dirawat di hospital," menurut kenyataan itu.

 

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan giat dilakukan.

Sumber: Facebook UnIPSAS, Berita RTM

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang