26 hari hilang Sabari dipercayai dibunuh! Dicampak ke sungai dengan kaki tangan terikat, mayat belum ditemui

No Image Caption
A
A
A

MENYAYAT hati! Kehilangan pesara kerajaan, Sabari Baharom, 62, di Baling berakhir pilu apabila polis memberkas dua lelaki tempatan yang disyaki terlibat membunuh mangsa.

Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh berkata, kedua-dua suspek berusia 26 dan 38 tahun itu ditahan pada Jumaat lalu, pihaknya kini membuka jalan penyiasatan sekali gus bagi mengesan keberadaan bekas pegawai kanan kerajaan itu.

No Image Caption

Berikut info yang dikongsikan:

1-Memetik laporan Utusan Malaysia, Sabari dipercayai dicampak ke dalam Sungai Padang Terap di Kampung Empa, Derang di Kubang Pasu dalam keadaan tangan diikat dan mulutnya ditutup dengan pita pelekat.

2- Fisol berkata, Polis Kedah berjaya mengesan dan memberkas dua suspek lelaki yang disyaki dapat membantu siasatan kes tersebut.

3-Hasil soal siasat dijalankan, pengakuan telah dibuat oleh kedua-dua suspek bahawa mangsa telah dicampak ke dalam Sungai Padang Terap.

Artikel Berkaitan:

4-Sehingga kini bapa kepada tiga cahaya mata itu masih gagal dijumpai dan usaha mencarinya masih dilakukan.

5-Susulan itu, Fisol berkata, siasatan yang dilakukan melibatkan kes orang hilang kini dilanjutkan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Proton Waja milik Sabari ditemui dibakar di kawasan pembuangan sampah di gaung Hutan Gubir, Sik, Jumaat lalu namun mangsa tiada.
Proton Waja milik Sabari ditemui dibakar di kawasan pembuangan sampah di gaung Hutan Gubir, Sik, Jumaat lalu namun mangsa tiada.

6-Polis juga telah memaklumkan perkembangan siasatan kepada keluarga mangsa.

7-Menurut Fisol, semua pihak dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian dan menghormati serta menjaga sensitiviti keluarga mangsa.

8-Sebaliknya, orang ramai diminta untuk membantu dengan menyalurkan sebarang maklumat berkaitan kejadian kepada pihak polis.

Terdahulu, media melaporkan Sabari yang juga bekas pegawai kewangan Felcra didapati hilang sejak 4 September lalu dan gagal dikesan sehingga kini.

Kehilangan itu dianggap misteri oleh ahli keluarganya kerana kereta Proton Waja milik mangsa ditemui dibakar di kawasan pembuangan sampah di gaung Hutan Gubir, Sik, Jumaat lalu namun mangsa tiada.

24 September lalu, wanita berusia 62 tahun telah ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes kehilangan Sabari

Polis juga mengesan pemindahan wang dalam jumlah yang besar daripada akaun Sabari kepada akaun bank seseorang tidak dikenali.

No Image Caption

Hasil penelitian kamera litar tertutup (CCTV) daripada pihak polis mendapati transaksi itu dilakukan oleh seorang wanita tempatan.

'DOAKAN AYAH SAYA'

Anak sulung Sabari, Suraiya Izzati, 29, menerusi laman sosial Facebook memuat naik hantaran meminta orang ramai menyedekahkan bacaan al-Fatihah buat bapanya.

"Assalamualaikum semua, Mohon sedekahkan al-Fatihah kepada ayah saya. Sebarang informasi mohon salurkan kepada pihak polis secepat mungkin.

No Image Caption

"Terima kasih kepada semua yang telah mendoakan ayah saya selama ini. Kami sekeluarga menghargai semua jasa baik kalian," katanya.

Hantaran berkenaan menerima ucapan takziah daripada warga maya yang turut mendoakan agar mereka sekeluarga terus kuat.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang