Amar Baharin kongsi alami strok haba ketika misi berbasikal di Dubai. 'Ya ALLAH, aku dah nak mati ke?' 

No Image Caption
A
A
A

PELAKON Amar Baharin baru-baru ini ada berkongsikan semula kejadian cemas yang berlaku ketika menjalankan misi berbasikal #JourneyToTanahHaram menuju ke Madinah Mei lalu.

Amar atau nama penuhnya Amar Mohd Baharin menerusi perkongsian di Instagram berkongsi keadaan beliau ketika diserang strok haba ketika menempuh cuaca ekstrem sekitar 50 darjah Celsius semasa berada di Dubai.

“Share sikit pengalaman kayuh. Waktu ni (KM79) aku dah rasa kebas-kebas, bulu roma dah nak meremang, heart rate dah 85% dari Max HR. Start rasa tak fokus, suhu 48°C. Masuk KM80 dah sampai 50°C.

"Peluh tak ada, berhenti bawah jejambat, aku pening macam nak jatuh. Aku istighfar, mengucap syahadah,” tulisnya.

No Image Caption



Tambah suami kepada pelakon Amyra Rosli ini lagi, simptom yang dialaminya itu benar-benar menguji diri sehingga berdepan dengan masalah kekejangan teruk pada anggota badan dan alami pitam.

“Sampai kat rumah sahabat di Abu Dhabi, jari kaki tangan kejang. 1 jam aku termenung bawah penyaman udara. Dalam hati, ‘Ya ALLAH, aku dah nak mati ke? Adakah itu rasa “Heat Stroke”?

“Tiba-tiba aku terpadam, sedar-sedar masih terbaring (di atas lantai tempat aku kejang tadi).

“Alhamdulillah ALLAH masih beri peluang untuk aku terus hidup. 2 malam berehat di rumah sahabat, Riduan. Nikmat yang ALLAH beri... Dapat singgah #GrandMosqueAbuDhabi solat Jumaat. Masya-ALLAH...” tambahnya lagi.

No Image Caption



Hantaran tersebut telah mengundang pelbagai reaksi daripada pengikut ayah kepada dua orang cahaya mata itu. Malah, ada yang menganggap itu merupakan salah satu bentuk ujian ALLAH kepada hamba-NYA yang sedang dalam perjalanan menuju ke Tanah Suci.

"Rindu la tu... alhamdulillah semua berjalan lancar."

"Naik motor (ride musim panas) pun macam tak tahan dengan panas dan bahang. Inikan pula naik basikal, lagi terasa bahangnya... Satu hari minum hampir 6 botol 1.5L air sebab badan cepat 'kering'... Kena pula panas di UAE lain macam sebab tahap kelembapan dia tinggi berbanding Pakistan/Iran... Cuma panas di Saudi dan tahap lembap dia macam dekat Malaysia je."

“Nak dengar dari awal sampai selesai pasti best. Pengalaman yang amat berharga.”

“Ujian ALLAH itu berat. Jika hati ikhlas nak ke Makkah Al-Mukarramah, insya-ALLAH Allah beri laluan-NYA. Antara sabar, tawakal dan istiqamah... insya-ALLAH sampai," ungkap bapa kepada sepasang cahaya mata itu lagi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang