Anak dedah ayah sediakan sahur, bantu ibu urus hal rumah. 'Dari kecil sampai dah kahwin tengok 'pemandangan indah' ni'

BERUNTUNGNYA seorang isteri apabila mendapat pasangan bukan sahaja berkongsi hidup bersama, tetapi kerja di rumah juga saling bantu-membantu.
Misalnya seperti yang dikongsikan oleh seorang wanita yang meluahkan rasa syukur apabila dikurniakan seorang bapa yang bertanggungjawab dalam menggalas tanggungjawab sebagai ketua keluarga.
Melalui satu perkongsian video di Tiktok Amalina Hilmi, beliau berkata sejak dia kecil lagi bapanya akan membantu ibunya menguruskan hal berkaitan rumah tangga termasuklah menyediakan makanan sahur buat anak-anak dan isteri tercinta.
“Dari kecil sampai sis dah anak tiga, ayah yang akan sediakan sahur A-Z. Dari kejutkan semua orang, panaskan lauk dan lain-lain.
“Tak ramai suami boleh buat macam ini, tapi ini lah kelebihan ayah saya. Bukan sahur sahaja tapi kebanyakan urusan rumah tangga ayah akan buat, ke pasar, bersiang, basuh dan lipat baju, sapu luar dan dalam rumah walaupun cuci tandas pun.
“Mak memasak dan membantu apa yang perlu, masing-masing ada tugas tersendiri.
“Memang dari kecil sampai dah kahwin saya tengok ‘pemandangan indah’ ni,” tulisnya.

Dalam video tersebut, jelas si ayah sedang sibuk menyediakan juadah sahur buat seisi keluarga.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata memuji sikap ayahnya yang bersama-sama membantu menguruskan urusan rumah tangga.

Malah, ada juga berkongsi cerita yang serupa seperti dilakukan oleh ayah mereka.
@Nh:Abah saya macam ni.. dia bangun sahur dulu siapkan makanan baru gerak anak2.. kalau berbuka pun dia siap tanya anak2 nak makan apa dia masakkan.. ada hari dia masak ada hari mak sy masak give n take gituu.. sbb dua2 bekerja bila dah besar baru sy faham abah sy byk bantu mak sy dlm urusan rumahtgga.. dari bab rumah hgga anak2.. mak sy nak pergi keja pun x risau abah blh uruskan anak2.. bertuah mak sy
@BabyMiow:Lelaki klau faham agama..ini la realitinya..titik
@aunidazaidinida:ni baru betul ikut sunnah Rasulullah..
@N?:ya Allah sis, saya dibesarkan dalam keluarga yang kebanyakannya berada dalam komen ni. Tapi saya nak ucap terima kasih dengan awak sebab awal bagi saya tengok lelaki yang baik ni betul-betul wujud.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang