'Andai takdir tertulis...' -  Ustazah Asni Mansor kini bergelar isteri

No Image Caption
A
A
A

PENDAKWAHUstazah Asni Abu Mansor berkongsi berita tentang dirinya yang kembali bergelar isteri.

Menerusi hantaran di Instagram, figura berusia 49 tahun itu mengumumkan perkahwinannya dengan Mounir Abdul Kareem Kaddoura.

No Image Caption

"Ada ketentuan yang tertulis dan takdir terlukis. Sakinah, mawaddah wa rahmah.

"Secara rasmi saya zaujah Mr Mounir Abdul Kareem Kaddoura. Terima kasih atas doa yang baik-baik," kongsinya.

Dalam hantaran yang sama, ibu kepada empat cahaya mata itu turut memuat naik video yang memaparkan beberapa foto bersama suami termasuk kedua-duanya memakai sepersalinan biru turquoise.

Pendakwah yang berasal dari Gemas, Negeri Sembilan itu juga berkongsi suaminya berasal dari P4lestin dan merupakan warganegara Amerika Syarikat.

Beliau yang mempunyai Diploma Tahfiz al-Quran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan mendapat sanad ijazah al-Quran dari Masjidil Aqso P4lestin memiliki empat orang cahaya mata iaitu Yasmin Sofea Mohd Nasir, 26, Muhammad Adam Shauqi Mohd Nasir, 25, Maryam Hani Mohd Nasir,23 dan Muhammad Naufal Kholili Mohd Nasir, 19.

Artikel Berkaitan:

Artikel berkaitan:

Ibu Ustazah Asni meninggal dunia, keluarga hadiahkan bacaan 30 juzuk al-Quran

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang