Merdu alunan suara Amira Othman, khatam al-Quran sebelum bergelar isteri
SELEBRITI Amira Othman bakal melangsungkan perkahwinannya bersama pelakon Fattah Amin sempat mengikuti acara khatam al-Quran pada pagi Ahad.
Bakal pengantin perempuan itu memakai abaya berona beige kelihatan ayu dan sopan berjalan memasuki ke ruangan hadapan dewan.
Acara tersebut turut dikongsikan menerusi Instagram Story pendakwah Ustazah Asni Mansor yang bertindak mengetuai bacaan ayat-ayat suci al-Quran.

Selain itu, pelakon, Betty Rahmad turut memuat naik video rakannya itu mengalunkan bacaan surah At- Tin.
Terdahulu, Ustazah Asni turut memberikan takzkirah dan semua tetamu yang hadir dilihat berselawat ke atas Rasulullah SAW.
Ramai tetamu dalam kalangan ahli keluarga, rakan selebriti hadir memeriahkan majlis.

Terdahulu, pasangan berkenaan membuat kejutan mengumumkan tentang perkahwinan mereka Isnin lalu.
Pengakuan mereka pada majlis pelancaran single terbaru Amira dan adiknya, Irfan Haris berjudul Rasa & Takdir itu sekali gus menamatkan spekulasi hubungan cinta dan bukan hanya 'rakan sekerja.'
Pada majlis tersebut Fattah mendedahkan 14 September dipilih sebagai tarikh pernikahan.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
