Arwah tidak tunjuk keterujaan yang sama, petanda Aisar Azim pergi selamanya. 'Alang nak duduk rumah dan berehat...'

No Image Caption
A
A
A

DALAM suasana hiba yang menyelubungi tanah perkuburan Islam, abang kepada Allahyarham Aisar Azim Abdullah tidak dapat menahan sebak apabila mengenangkan arwah adiknya itu seolah-olah sudah mengetahui bahawa dirinya akan pergi buat selama-selamanya.

Mohammad Aiman Abdullah berkongsi setiap tahun, arwah insan yang paling teruja menyambut Aidilfitri, terutamanya berkenaan memilih baju raya sedondon.

Namun, beliau yang mesra disapa Alang bagaimanapun tidak menunjukkan keterujaan yang sama seperti tahun-tahun sebelumnya.

Menurut Mohammad Aiman lagi, adiknya itu enggan membeli baju raya tahun ini kerana berhasrat untuk tidak ke mana-mana, sebaliknya hanya mahu duduk di rumah.

"Dia cakap tak mahu raya sebabnya nak duduk rumah tidur saja, sedangkan selama ini dialah yang paling teruja berkenaan beli baju raya sedondon," katanya.

Artikel Berkaitan:

Siapa sangka, perubahan dan keengganan membeli baju raya merupakan petanda anak ketiga dari 10 beradik itu mahu meninggalkan mereka keluarga buat selama-lamanya.

Sebagai info, Allahyarham yang menerima menerima rawatan rapi di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) sejak 6 Mac lalu disahkan meninggal dunia pada jam 7.23 malam pada Isnin.

Jenazah telah selamat dikebumikan jam 12.40 tengah malam di Tanah Perkuburan Islam Maqbarah Salimah Taman Zaitun Indah dekat Sikamat.

Sebelum ini, SinarPlus ada melaporkan insiden yang menimpa dua beradik dalam kemalangan membabitkan rempuhan sebuah Honda Jazz yang didakwa melanggar lampu isyarakat merah.

Aisar Azim merupakan mangsa ketiga yang dilaporkan meninggal dunia berpunca daripada kecuaian remaja lelaki berusia 18 tahun memandu tanpa lesen memandu sah.

Siasatan awal mendapati kereta dipandu seorang remaja lelaki berusia 18 tahun, bersama seorang penumpang berusia 17 tahun, dari arah Senawang ke Paroi, gagal berhenti di lampu isyarat merah lalu merempuh motosikal Modenas Kriss dinaiki kedua-dua pelajar serta motosikal Honda Vario yang ditunggang Aisar Azim dan seorang rakannya berusia 13 tahun.

Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din, dilaporkan berkata remaja lelaki berusia 13 tahun itu serta pemandu dan penumpang kereta masih menerima rawatan di hospital yang sama.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang