Awas, statistik kes jenayah seksual kanak-kanak semakin meningkat! Ini 5 kes rogol dan bunuh melibatkan anak perempuan wajar jadi iktibar

No Image Caption
A
A
A

PENEMUAN jasad Nuraina Humarira Rosli yang sudah tidak bernyawa di kawasan berpaya berhampiran perkampungan Orang Asli Kampung Bersah, Pos Kuala Mu, Sungai Siput, Perak benar-benar memeranjatkan negara.

Apatah lagi, kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun itu dikatakan dirogol sebelum dibunuh dengan kejam selepas dilaporkan hilang sejak empat hari lalu.

Hasil bedah siasat yang dijalankan di Unit Forensik Hospital Sungai Siput mengesahkan terdapat kecederaan akibat tekanan di bahagian leher dan koyakan pada kemaluan mangsa.

Berdasarkan maklumat yang dikongsikan pihak polis, mangsa dipercayai dibunuh di sebuah tempat sebelum dicampakkan di paya berkenaan yang dikatakan tempat habitat haiwan berbisa.

No Image Caption

Rasanya, bukan kes Nuraina saja menjadi tumpuan media. Sebelum ini beberapa kes yang lebih kurang sama dilaporkan dengan pengakhiran nyawa cukup menyedihkan.

Carian SinarPlus mendapati, banyak kes melibatkan kes yang sama yang pernah disiarkan dalam media sebagai iktibar kepada semua. Berikut perincian:

1. Nor Shuhada Borak

Artikel Berkaitan:

- Penemuan mayat kanak-kanak berusia enam tahun di dalam tangki air di bumbung bangunan tiga tingkat jenis townhouse di Selayang pada 23 Oktober 2000 pernah menggemparkan negara.

- Mangsa ditemui dalam keadaan separuh bogel dan kesan lebam pada muka dan tangan, dipercayai telah dirogol dan dibunuh.

No Image Caption

2. Audrey Melissa Bathianathan

- Remaja berusia 17 tahun itu ditemui berhampiran sekolahnya, Sekolah Perempuan Methodist Kuala Lumpur.

- Mangsa dipukul di kepala, dirogol dan dijerut lehernya pada 17 Mei 1999.

No Image Caption

3. Farrah Deeba Rustam

- Mangsa dipercayai dirogol dan dibunuh di bawah jambatan di Kampung Tersusun Batu 2, Jalan Lama Bidor-Tapah pada 14 Februari 2001.

- Kesan jerut menggunakan tali menjadi punca kematian mangsa.

4. Siti Nurliyana Shamimi Rosdi

- Kanak-kanak berusia dua tahun diculik, dirogol dan dibunuh pada 6 November 2002.

- Mangsa ditemui dalam keadaan bogel di tebing sungai kira-kira 500 meter dari rumahnya di Kampung Seberang Terus, Kedah.

No Image Caption

5. Hasirawati Saridi

- Kanak-kanak berusia 10 tahun dirogol dan dibunuh ketika dalam perjalanan ke sekolah di Kampung Ratau, Menggatal, Kota Kinabalu, Sabah pada 8 Januari 2004.

Jika merujuk statistik yang dikongsikan Polis Diraja Malaysia, kes seksual dalam kalangan kanak-kanak dan remaja menunjukkan peningkatan sejak tahun 2020.

No Image Caption

Memetik Sinar Harian, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan mendedahkan, statistik menunjukkan sebanyak 2,722 kes direkodkan sejak empat tahun lalu.

Kes tersebut meliputi jenayah rogol, sumbang mahram, cabul, gangguan seksual, seks luar tabii, pornografi, komunikasi secara seksual, amang seksual fizikal dan bukan fizikal.

No Image Caption

Jumlah paling tinggi direkodkan ialah pada tahun lalu iaitu sebanyak 766 kes berbanding 459 kes pada tahun 2020.

Bagi tahun ini, setakat empat bulan sehingga April lalu, sebanyak 268 kes dilaporkan.

Mengulas mengenai jenayah pedofilia, golongan itu mempunyai rangsangan seksual yang amat tinggi terhadap kanak-kanak yang belum akil baligh dan biasanya merujuk usia di bawah 13 tahun tidak kira lelaki atau perempuan.

No Image Caption

Memang seram dan kecut perut bila berita melibatkan kanak-kanak kehilangan nyawa disebabkan jenayah rogol dan bunuh.

Lagi memilukan apabila suspek pula masih remaja dan bawah umur, selain mempunyai ikatan persaudaraan dengan mangsa.

No Image Caption

Moga insiden tersebut memberi iktibar kepada semua khususnya ibu bapa untuk lebih memantau gerak-geri anak-anak supaya tiada kejadian tak diingini berlaku.

No Image Caption

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang