Tragis! Kronologi Dr Moumita Debnath dinoda & dibunuh selepas syif 36 jam raih simpati seluruh dunia, suspek kantoi tertinggal earphone
PEMBUNUHAN tragis doktor pelatih, Dr Moumita Debnath di Kolkata, India terlalu kejam. Disyaki dinoda lebih daripada seorang lelaki dan jasadnya ditemui dengan pelbagai kecederaan serius, penyeksaan dialami doktor berusia 31 tahun itu di akhir hayatnya tidak dapat diterima akal manusia yang waras.
Masakan tidak, keputusan bedah siasat mendedahkan fakta yang menakutkan. Tubuh Moumita menunjukkan tanda-tanda kecederaan parah pada bibir, jari, kaki kiri dan perutnya. Lebih tragis, didapati beliau dipercayai telah dicekik, menyebabkan patah tulang rawan tiroid.
Penemuan 150 mililiter (ml) cecair sperma pada badannya menunjukkan kemungkinan beliau mangsa rogol berkumpulan.
Moumita yang sedang menjalani tahun kedua pendidikan pasca sarjananya disifatkan sebagai wanita bercita-cita tinggi dan berdedikasi dalam tugas.
Namun peristiwa hitam dipercayai jenayah terancang yang berlaku pada 9 Ogos lalu menamatkan riwayatnya.
Apatah lagi kejadian yang meragut nyawanya itu berlaku di hospital tempat beliau berkhidmat iaitu Dewan Seminar R G Kar Medical College and Hospital, West Bengal, India.
Berikut adalah kronologi kejadian yang menyayat hati:
1-Pada 9 Ogos 2024, selepas makan malam bersama rakan sejawat selepas syif selama 36 jam.
2-Beliau dipercayai ke dewan seminar Jabatan Dada di tingkat empat bangunan berkenaan untuk berehat pada jam 2 pagi.
3-Bagaimanapun, rakan sekerja Moumita melaporkan kehilangannya beliau selepas kali terakhir dilihat menuju ke dewan seminar itu.
3-Bagaimanapun, antara jam 2 pagi hingga 5 pagi, Moumita dipercayai diperkosa dan dibunuh.
3-Jasadnya ditemukan keesokan hari dengan kecederaan yang teruk susulan pergelutan dan serangan seksual secara berkumpulan.
4-Memetik laporan media India, seorang lelaki yang juga sukarelawan polis bernama Sanjay Roy ditahan dan dikaitkan sebagai suspek selepas pihak berkuasa menemukan earphone miliknya berhampiran mayat.
5-Kes berkenaan telah menerima perhatian ramai daripada pihak Central Bureau of Investigation (CBI) yang mengambil alih siasatan daripada polis negeri.
LAPORAN PERUBATAN
Laporan perubatan dan bedah siasat ke atas jasad Moumita sungguh tragis dan menyayat hati. Tidak dapat dibayangkan penyeksaan dan kekerasan berlaku ke atas doktor wanita itu apabila mendiang didapati dinoda secara berkumpulan dan dicekik hingga mati.
Antara kecederaan yang dialami tulang hyoid (tulang leher) patah, luka pada bibir, tulang pelvis iaitu antara tulang paling kuat pada tubuh manusia patah, pendarahan dari mulut, kerosakan dan pendarahan pada kedua-dua belah mata, kecederaan pada perut dan kaki kiri, jari manis patah, dan beratus-ratus kesan gigitan dikesan pada seluruh tubuhnya.
Tidak hanya itu, bahagian sulit juga mengalami kerosakan teruk manakala ujian swab yang dilakukukan mendapati 150 mililiter (ml) air mani ditemui dalam tubuh beliau sedangkan seorang lelaki hanya boleh menghasilkan sekitar 10ml sahaja!
Kakinya juga ditemui dalam kedudukan sudut 90 darjah. Betapa kejam penjenayah yang sanggup berbuat demikian kerana tulang pelvis sendi terkuat dalam tubuh manusia yang memerlukan kekuatan antara 2,000 hingga 10,000 Newton untuk memecahkan kapsul pelvis dewasa.
Selain itu, terdapat tanda-tanda pergelutan pada wajahnya yang dipercayai disebabkan oleh kuku suspek menunjukkan doktor wanita itu cuba melawan.
Malah menurut sumber di laman sosial X, difahamkan lebih kematian doktor berkenaan didakwa melibatkan 18 hingga 20 orang lelaki manakala salah seorang yang memegang tangan Moumita sepanjang penyeksaan itu adalah doktor wanita yang merupakan rakannya!
SANJAY ROY SUSPEK UTAMA
Memetik laporan media India, susulan kes berkenaan, lebih 30 orang telah disiasat termasuk pihak pengurusan dan pegawai perubatan lain di pusat kesihatan itu.
Sukarelawan polis, Sanjay Roy, 33, dikatakan mempunyai akses ke di seluruh pusat kesihatan berkenaan menjadi suspek selepas earphone miliknya ditemui di samping jasad Moumita.
Dia yang mengakui terlibat dalam jenayah ke atas doktor wanita itu mencabar pihak berkuasa dengan berkata 'hukum gantung saya jika itu yang anda mahu...'
Tidak hanya itu, polis Kolkata juga dipercayai menemui pelbagai kandungan pornografi keterlaluan pada telefon bimbit Sanjay.
Beliau yang merupakan bekas petinju mempunyai rekod jenayah lampau penderaan isteri dan telah berkahwin sebanyak empat kali!
Sanjoy juga dikatakan rapat dengan beberapa pegawai kanan polis dilantik sebagai anggota unit kebajikan Polis Kolkata dan ditempatkan di pos polis di R.G. Kolej & Hospital Perubatan Kar.
Selepas melakukan jenayah itu, Sanjay dipercayai menuju ke berek polis dan tidur sehingga pagi.
KOMUNITI PERUBATAN BANGKIT
Kejadian ini mengejutkan komuniti perubatan di Kolkata dan seluruh India.
Protes meletus di beberapa bandar termasuk Kolkata, dengan doktor, pelajar perubatan, dan pekerja kesihatan bangkit menuntut keadilan dan perlindungan yang lebih baik di tempat kerja.
Protes berkenaan turut menarik perhatian global, dengan sokongan meluas dari persatuan perubatan dan organisasi hak asasi manusia di seluruh dunia.
Ia bukan hanya tentang keadilan untuk Dr Moumita, tetapi juga gesaan kepada tindakan yang lebih besar untuk melindungi semua pekerja kesihatan serta memperketat keselamatan petugas kesihatan di tempat kerja khususnya pekerja wanita semasa syif malam.
Sehingga kini, petisyen dalam talian di change.org bertajuk 'Siasatan Adil dan Keadilan untuk Rogol dan Pembunuhan pelatih perubatan dari Kolkata!' telah menerima hampir 150,000 sokongan dari seluruh dunia.
Artikel berkaitan:
Mimpi ngeri! Pengembara bermotosikal dirogol 7 lelaki, pasangan dipukul di India. 'Kami takkan berhenti tuntut keadilan demi wanita'Kejamnya!
Pembuat roti canai diperkosa & dikelar ditemui maut, 5 anak hilang ibu sekelip mata, ini kronologi menyayat hatiKejamnya!
Cagar adik ipar lunas hutang, abang ipar dalang wanita diperkosa 5 lelaki, minta jangan kunci pintu
Sumber: Hindipatrika, Arynews
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang