Bau busuk temukan 3 beranak reput dalam rumah berkunci.' Ada kesan pada lengan anak autistik 30 tahun...'

No Image Caption
A
A
A

 

BERITA kematian membabitkan ahli keluarga yang ditemui reput, menyayat hati warganet. Selepas kes wanita dan anak dua tahun di Pulau Pinang pada Isnin, terbaharu, penemuan jasad tiga sekeluarga di Seremban, Negeri Sembilan pula menggemparkan negara.

Memetik Sinar Harian, identiti mayat yang ditemui dalam keadaan mereput di sebuah rumah di Taman Bukit Kristal pada petang Selasa dikenal pasti sebagai pasangan suami isteri berumur 61 dan 59 tahun serta seorang anak lelaki berusia 30 tahun.

Berikut fakta kes yang dikongsikan oleh Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din:

1-Pihak polis menerima laporan berhubung kejadian diterima daripada seorang pemanggil yang memaklumkan terhidu bau busuk dari rumah jirannya pada jam 4.53 petang, Selasa.

No Image Caption

2-Pihak bomba terpaksa memotong kunci mangga pagar rumah tersebut sebelum menemui tiga mayat dalam keadaan mereput di dalam dua buah bilik tidur.

3-Siasatan di tempat kejadian mendapati terdapat kesan torehan pada lengan kanan pada mayat anak lelaki, manakala jasad ibu dan bapa tidak menunjukkan sebarang tanda mencurigakan.

4-Pemeriksaan forensik turut menemui empat bilah pisau yang mempunyai kesan darah dan pelbagai jenis ubat-ubatan yang telah digunakan, diletakkan di atas meja ruang tamu rumah.

5-Ketiga-tiga mayat telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Rembau untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian.

No Image Caption

6-Buat masa ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) sementara menunggu keputusan rasmi bedah siasat.

7-Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Adi Khusaini bin Saripudin di talian 012-7707282 atau Hotline IPD Seremban di 06-6033222.

8-Seorang jiran tampil berkongsi cerita, ada menerima kedatangan si mati untuk memberi makan kepada anjing dan tidak menyangka itu adalah momen terakhir melihat si mati sekeluarga.

9-Malah, jiran berkenaan juga beranggapan tiga beranak itu tiada di rumah atau keluar.

Sumber: Sinar Harian

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang