Tidak sedar dikejutkan dari tidur, bayi 5 bulan meninggal dunia di taska. 'Tiada kesan kecederaan luar tubuh...'

Kredit foto: Malaysia Gazette
Kredit foto: Malaysia Gazette
A
A
A

DIHANTAR dalam keadaan baik namun petangnya dimaklumkan anak kesayangan tidak lagi bernyawa.

Tidak dapat dibayangkan betapa luluhnya perasaan ibu bapa yang kehilangan cahaya mata tersayang apabila bayi lelaki berusia lima bulan itu meninggal dunia selepas ditemukan tidak sedarkan diri di sebuah taman asuhan kanak-kanak (Taska) di Kangkar Pulai, Iskandar Puteri, Johor.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu daripada ibu mangsa iaitu wanita tempatan berusia 31 tahun pada pukul 4.24 petang semalam.

Berikut lima info ringkas berkaitan kronologi kematiannya:

1-Menurut M Kumarasan, si kecil itu tidak sedarkan diri selepas dikejutkan daripada tidur oleh pengasuh iaitu seorang wanita tempatan berumur 34 tahun.

2-Menyedari keadaan mangsa tidak sedarkan diri, bayi berkenaan kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru dan disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

3-Bedah siasat telah dijalankan ke atas mangsa dan mendapati tiada kesan kecederaan luaran tubuh badan mangsa.

4-Buat masa ini punca kematian masih dalam siasatan pihak polis.

5-Beliau juga memaklumkan setakat ini belum ada tangkapan dibuat dan siasatan mati mengejut (SDR).

6-Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(A) Akta kanak-kanak 2001 iaitu menganiaya, mengabaikan, membuang atau mendedahkan kanak-kanak dengan cara mungkin menyebabkan kecederaan fizikal atau emosi.

7-Jika sabit kesalahan katanya, boleh dihukum denda RM50,000 atau penjara 20 tahun atau kedua-duanya.

8-Tambah beliau, pihaknya masih menyiasat kes tersebut termasuk waktu sebenar bayi berkenaan ditemui tidak sedarkan diri.

Sama-sama kita doakan agar siasatan polis berjalan lancar. Takziah buat keluarga Allahyarham, semoga tabah menghadapi kehilangan ini.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang