Berjaya kumpul RM100,000, influencer Eira Azira buat permohonan maaf secara terbuka. 'Doakan saya jadi lebih baik & istiqamah'

No Image Caption
A
A
A

PEMPENGARUH Noorazira Pissal atau dikenali sebagai Iera Azira menjadi perhatian di laman sosial selepas berkongsi video permohonan maaf secara terbuka kepada individu bernama Suharnizan Md Sidek susulan menghina fizikal wanita tersebut di media sosial

Pada tahun Oktober 2023, usahawan berkenaan diarahkan ganti rugi pada Oktober 2023, Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang mengarahkan pempengaruh itu membayar ganti rugi RM100,000 kepada Pesuruhjaya Sumpah itu.

Ia susulan personaliti media sosial itu mengeluarkan kata-kata kesat termasuk memaparkan gambar wanita tersebut berserta anaknya tanpa pengetahuan dan kebenaran selepas meninggalkan komen pada ruangan komen media sosial.

No Image Caption



Iera yang sudah menyiapkan cek bagi bayaran berjumlah RM100,000 berkata beliau bersyukur kerana urusan tersebut dipermudahkan.

Influencer berusia 40 tahun itu memuat naik video berdurasi 2 minit 21 saat menerima pujian daripada warganet kerana berusaha memperbetulkan keadaan.

"Alhamdulillah saya sudah siapkan cek. Hari ini sangat bermakna dan bersejarah. Terima kasih kepadada ALLAH SWT kerana mempermudahkannya.

"Di sini juga, saya ingin membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Suharnizan Md Sidek. Saya ingin meminta seribu ampun dan maaf andai kata-kata kesat yang kurang menyenangkan, menyakitkan hati atau membuatkan rasa sedih.

"Saya menyusun 10 jari meminta maaf," katanya.

Dalam pada itu, Eira menjelaskan beliau langsung tidak berasa sedih atau terkilan kerana telah reda dan menganggap ia wajib dilunaskan atas kesilapan yang dilakukan.

No Image Caption



"Duit ini adalah hasil titik peluh saya siang dan malam tanpa sebarang pinjaman atau bergadai untuk membayarnya," kongsi Eira.

Tidak hanya itu, Eira juga menitipkan ucapan maaf kepada warganet anda kata-katanya menyakitkan hati atau menggores perasaan.

"Andai kalian menyakitkan hati ini, menuturkan kata-kata kesat atau mempunyai apa-apa tanggapan kepada diri, saya sudah memaafkan kalian.

"Saya ingin memulakan hidup baharu, insya-ALLAH. Doakan saya menjadi lebih baik dan istiqamah hingga ke jannah.

No Image Caption



Terdahulu, media melaporkan Suharnizan ditelah membuat laporan polis berhubung isu tersebut serta memfailkan saman menuntut lebih RM2 juta terhadap Eira Aziera di Mahkamah Tinggi Johor Bahru berhubung isu ‘body shaming’.

Pada 13 Oktober 2020, Suharnizan memfailkan saman lebih RM2 juta terhadap Eira Aziera di Mahkamah Tinggi Johor Bahru, atas dakwaan menjadi mangsa penghinaan bentuk fizikal oleh pempengaruh media sosial itu.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang