Berpantang maut sebelum ajal! Wanita terselamat, kereta dihempap runtuhan binaan ECRL

No Image Caption
A
A
A

BERPANTANG maut sebelum ajal, itulah peribahasa paling tepat menggambarkan nasib seorang wanita yang terselamat dalam insiden mencemaskan apabila keretanya dipercayai dihempap runtuhan binaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

Wanita berkenaan dilaporkan nyaris maut dalam kejadian yang berlaku di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berhampiran Batu Caves pada Selasa.

Memetik Sinar Harian, mangsa difahamkan berjaya dikeluarkan orang awam beberapa minit sebelum pasukan penyelamat tiba di lokasi.

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.47 tengah hari.

No Image Caption

Beliau berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang digerakkan ke lokasi.

"Jentera pertama tiba pada jam 2.14 petang, komander operasi melaporkan terdapat runtuhan binaan ECRL yang menghempap sebuah kereta Suzuki Swift.

"Mangsa bagaimanapun sudah dikeluarkan orang awam sebelum anggota bomba tiba," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Artikel Berkaitan:

Katanya, operasi disertai tujuh anggota bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

No Image Caption

"Tiada mangsa lain dilaporkan terlibat dalam kejadian ini. Siasatan lanjut berhubung punca runtuhan diserahkan kepada pihak berkuasa berkaitan," katanya.

Terdahulu, sebuah rakaman kamera papan pemuka tular di laman sosial memaparkan struktur besi runtuh menimpa kenderaan di bawahnya.

Terdapat sebuah motosikal berjaya melepasi binaan besi berkenaan beberapa saat sebelum ia runtuh.

Menurut grup Facebook Asal Gombak,  runtuhan struktur di kawasan binaan ECRL di MRR2 Lingkaran Karak menghala ke Gombak yang menghempap sebuah kereta. 

Manakala bagi pengguna jalan raya yang ingin menuju ke arah laluan tersebut, boleh mencari laluan alternatif memandangkan laluan lokasi kejadian ditutup sepenuhnya.

Sumber: Sinar Harian, Facebook

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang