Biadab! Beri gelandangan tulang ayam campur nasi, video tular tiga pemuda dikecam. 'Harap MCMC ambil tindakan'

No Image Caption
A
A
A

BIADAB! Laman sosial kecoh apabila video berdurasi kurang seminit memaparkan tiga pemuda ‘memberi bantuan’ kepada seorang lelaki gelandangan tular.

Menerusi video berdurasi satu minit 16 saat, mereka berkata. "Hari ini kita nak buat kerja amal, mari kita bagi makanan kepada yang memerlukan.

Mereka kemudian membeli ayam goreng dan nasi. Kemudian ketiga-tiga mereka memakan ayam goreng berkenaan dan mencampurkan bahagian tulang ayam dengan nasi.

No Image Caption

Selepas dibungkus semula, saki-baki tulang diberikan kepada seorang lelaki gelandangan tu.

Lebih menyedihkan, pandangan gelandangan terkejut ketika membuka bungkusan itu. Segalanya dirakam penuh drama, seolah-olah ia dilakukan demi konten dan bukan empati.

Video berkenaan telah mendapat perhatian beberapa pempengaruh dan aktivis termasuk Ariz Ramli atau Caprice serta pendakwah Firdaus Wong Wai Hung.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

"Ini biadap! Please take action @pdrmsia_official @skmm_mcmc @fahmifadzil.1," kongsi Caprice4.

Sementara itu, Firdaus pula menyatakan rasa kesal dengan penghinaan berkenaan.

"Selepas ini, meminta maaf, selesai. Alhamdulilah Islam tidak pernah mengajar umatnya untuk menghina orang miskin tetapi Islam mengajarkan umatnya untuk membantu orang miskin.

"Ini hanya kebiadaban tiga remaja ini bukan keseluruhan kaum Cina. Inilah apa yang berlaku bila menyalahgunakan akal yang ALLAH kurniakan demi konten," titip Firdaus.

Menerusi tinjauan SinarPlus, salah satu individu berkenaan memiliki lebih 140,000 pengikut di Instagram.

Warganet meluahkan rasa tidak puas hati dan berharap perbuatan berkenaan diambil tindakan dan diberi balasan setimpal.

"Harap @MCMC Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia ambil tindakan segera.. Video yang dibuat mengundang kemarahan ramai."

"Mereka  berani buat kerana tiada tindakan akan diambil. Paling kurang minta maaf atau senyap sahaja."

"Sampai hati beri gelandangan makanan begitu. Menitik air mata saya."

"Ini keterlaluan. Tolong lakukan sesuatu. Influencer sepatutnya memberikan contoh yang baik."

Sumber: Instagram, 2, X

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang