Budaya gelap 'yeye' dalam tentera, isteri dan pegawai muda bongkar sisi tak pernah diceritakan, MINDEF arah ATM siasat

No Image Caption
A
A
A

SIAPA sangka dunia ketenteraan rupanya memiliki sisi gelap. Pendedahan pempengaruh dan rapper Caprice baru-baru ini tentang dakwaan budaya persundalan perempuan 'yeye' sebagai pemuas nafsu segelintir pegawai satu budaya yang menurut isteri anggota dan pegawai muda, telah lama wujud namun dibisukan.

Menerusi lima hantaran di Instagram daripada perkongsian yang dihantar secara peribadi, Caprice atau nama penuhnya Ariz Ramli mendakwa ia bukan kes terpencil sebaliknya sudah lama dinormalisasikan hingga menjejaskan kerjaya serta keluarga.

Warganet menerusi DM mendakwa budaya berkenaan menjadi punca rumah tangga porak peranda. Lebih mengejutkan, pegawai muda didakwa berada dalam dilema apabila dipercayai diarahkan oleh pihak atasan untuk mengurus, menanggung perbelanjaan dan menyediakan perkara berkaitan maksiat itu.

No Image Caption

Sementara itu, Kementerian Pertahanan (MINDEF) mengarahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjalankan siasatan dalaman segera susulan dakwaan berhubung kemasukan individu tidak berkaitan serta aktiviti tidak bermoral di dalam sebuah kem tentera dan tular di media sosial.

Unit Komunikasi Strategik Kementerian Pertahanan dalam kenyataan pada Isnin memaklumkan, siasatan itu bertujuan menentukan kesahihan dakwaan berkenaan secara menyeluruh.

"Dakwaan yang tersebar tidak mencerminkan budaya, nilai dan amalan sebenar ATM yang berteraskan disiplin, profesionalisme serta pematuhan ketat terhadap prosedur keselamatan.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

“Kementerian memandang serius perkara ini dan sekiranya siasatan mendapati dakwaan tersebut benar, tindakan tegas akan diambil tanpa kompromi terhadap mana-mana pihak yang terlibat selaras dengan peraturan, tatacara serta undang-undang semasa,” menurut kenyataan rasmi.

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau kesimpulan awal yang boleh mengelirukan masyarakat serta menjejaskan reputasi Kementerian Pertahanan dan ATM.

Kementerian Pertahanan dan ATM sentiasa komited dalam memastikan disiplin, integriti dan profesionalisme warga pertahanan berada pada tahap tertinggi serta tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang perlakuan yang boleh menjejaskan imej dan kredibiliti institusi pertahanan negara.

Sumber: Instagram 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang