Baru sebulan pemergian isteri tercinta, lelaki 81 tahun ditangkap berdua-duaan dengan wanita 69 tahun

No Image Caption
A
A
A

HANYA sebulan bergelar duda, seorang lelaki warga emas berusia 81 tahun ditahan kerana disyaki bersekedudukan dengan seorang wanita berumur 69 tahun di sebuah rumah di Lubok China, Alor Gajah, malam Isnin lalu.

Difahamkan, serbuan kira-kira jam 10 malam itu dilakukan oleh imam, ketua kampung bersama anggota polis serta penduduk tempatan sebelum maklumat diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) untuk tindakan lanjut.

Memetik Sinar Harian, ketika serbuan dijalankan, kedua-dua mereka berada di dalam rumah berkenaan dan gagal menunjukkan sebarang dokumen sah pernikahan.

Menurut sumber kariah masjid, lelaki terbabit yang baru kehilangan isteri sebulan lalu merupakan seorang peniaga yang dikenali penduduk setempat. Sejak kebelakangan ini, dia sering dilihat keluar bersama wanita tersebut.

No Image Caption

Difahamkan mereka sudah lama tidak berhubung sehinggalah isterinya meninggal  dunia.

“Penduduk sebenarnya sudah menegur pasangan warga emas berkenaan kerana sering dilihat berdua. Namun, difahamkan mereka tidak tinggal serumah. 

"Cuma ketika serbuan dilakukan, hanya mereka berdua berada di dalam rumah,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Tindakan itu tular di media sosial selepas beberapa keping gambar serbuan berkenaan tersebar, sekali gus menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan masyarakat. Ada yang meluahkan simpati terhadap pasangan lanjut usia tersebut, namun tidak kurang juga yang menegur tindakan mereka.

Pasangan berkenaan kemudiannya dibawa ke pejabat agama bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana disyaki bersekedudukan tanpa nikah.

Sumber: Sinar Harian

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang