'Bukan berhenti, mungkin rehat sekejap.' Tidak bersara, Che Nom cuma berhenti hasilkan kandungan untuk jenama

No Image Caption
A
A
A

PEMPENGARUH masakan dan YouTuber terkenal Che Nom,  tampil menjelaskan akan berehat sebentar daripada dunia penghasilan kandungan. 

Bukan terus bersara, pemilik nama Che Normah Bakar itu menyatakan kekerapan muat naik berkurangan dan menghentikan terus penghasilan sesetengah kandungan.

"Terharu sangat dengan semua doa, kata-kata semangat dan ucapan yang Che Nom terima baru-baru ni. 

"Sebenarnya, Che Nom bukan nak berhenti YouTube terus, cuma perlahan sikit, mungkin rehat sekejap, dan kurangkan kekerapan upload video. 

No Image Caption

"Fokus sekarang adalah pada keluarga, kesihatan dan perkara-perkara yang lebih bermakna untuk jangka masa panjang.

"Sebenarnya yang Che Nom nak bersara sepenuhnya adalah dari bisnes influencer marketing atau brand endorsement, sebab bidang tu sangat mencabar dan perlukan komitmen yang besar," luahnya.

Dalam masa yang sama, menerusi Instagram, bekas jurutera itu berkongsi perancangannya.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

"Che Nom juga sedang fikir beberapa idea menarik seperti konten khas yang lebih mendalam dan eksklusif, "throwback series"  dengan revisit resepi kegemaran dengan sentuhan baru, sesi live santai bersama subscribers sekali-sekala untuk terus kekalkan silaturahim serta projek atau buku.

"Insya- ALLAH, apa pun keputusan nanti, semuanya dengan niat nak terus berkongsi ilmu dan manfaat. 

"Terima kasih sekali lagi untuk sokongan yang tak pernah putus. Che Nom masih di sini, cuma rentak yang sedikit berbeza dan perlahan. Doakan yang terbaik ya! Jumpa lagi, perlahan tapi pasti," titipnya.

Baru-baru ini, Sinarplus melaporkan tentang hasrat pempengaruh berusia 43 tahun itu untuk berhenti menjadi influencer marketing.

Beliau juga meluahkan dunia influencer bukan jalan pintas cari duit. Tanpa asas kukuh, ia boleh menjadi beban dan tekanan.

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang