Che Nom sedih kebaikan dipijak, anak saudara buat aduan hingga terima surat saman JTK. 'Susahlah nak bantu keluarga sendiri...'

No Image Caption
A
A
A

CHE NOM, YouTuber masakan cukup dikenali di Malaysia. Di sebalik kejayaan meraih 2.33 juta langganan di platform, pemilik nama Norma Bakar  itu baru-baru ini meluahkan rasa kecewa dan mendakwa diri dianiaya anak saudara yang selama ini dijaga seperti anak kandung.

Berasa dikhianati oleh darah daging sendiri setelah bertahun-tahun mencurahkan kasih dan tenaga, Che Nom, 43, menangis mengungkapkan rasa kecewanya menerusi hantaran di Facebook.

Terkenang kembali apa yang telah dilakukannya sejak mula kepada saudara sedarah. Semuanya dengan niat ikhlas, kerana mahu membantu namun akhirnya pempengaruh berusia 43 tahun itu berasa dikhianati.

"Che Nom nak luah sikit. Sedih sangat hati ni, sampai menitis air mata bila teringat balik. Ini bukan resipi tetapi rasa terkilan sangat-sangat pasal keluarga sendiri.

"Che Nom buat bisnes kecil-kecilan je, bisnes keluarga, niat memang nak bantu ahli keluarga sendiri. Yelah kan, kalau bukan kita yang tolong keluarga, siapa lagi nak tolong?

No Image Caption

"Che Nom ambil anak saudara kerja sekali, walaupun dia tak ada kelulusan berkaitan. Anak saudara ni bukan orang lain, Che Nom sendiri yang besarkan dia sejak kecil. Basuh berak dia, hantar pergi sekolah, masak setiap hari untuk diaorang makan. 

Bila dah besar sikit, Che Nom ambil kerja sekali sebab nak bagi peluang, nak bagi dia survive kat Klang Valley ni. Kita bagi pendapatan tetap bulanan supaya hidup dia senang di sini.

"Che Nom ajar dari kosong, siap buatkan slaid langkah demi langkah menggunakan perisian Premiere Pro. Kamera pun Che Nom ajar satu persatu, tekan butang pun kena tunjuk. 

Artikel berkaitan

Hanya 0.01% income 360,000 sebulan, Che Nom dedah realiti purata income Youtuber bawah paras kemiskinan

Susah nak tempah kek hari jadi anak kerana PKP, ibu-ibu boleh guna resepi mudah Che Nom

Dulu jurutera kini ke dapur, Youtube Che Nom raih 1 juta pengikut

"Cari rumah pun kita yang uruskan. Che Nom sendiri kadang-kadang masakkan untuk dia makan. Bukan berkira pun, sebab memang anggap macam anak sendiri," kongsinya.

Menurut Che Nom, kerja yang diberi pun tidaklah terlalu membebankan dan banyak kelonggaran telah diberikan.

"Kerja tak banyak sangat, seminggu tidak sampai 20 jam. Apabila nak pergi umrah, Che Nom bagi je cuti sampai sebulan. Bukan sekali, tapi dua tahun berturut-turut. 

"Bukan setakat cuti, gaji penuh tetap bagi, duit poket Che Nom tambah lagi, visa pun Che Nom bayarkan. 

"Semua sebab nak bantu ikhlas hati. Tetapi tiba-tiba, dia boleh pergi lapor ke Jabatan Tenaga Kerja (JTK) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menggunakan bayaran tetap bulanan sebagai bukti Che Nom tidak jaga kebajikan pekerja. Ya ALLAH, memang sedih sangat bila dapat tahu. Tiba-tiba dapat surat saman dari JTK, bertambah-tambah kecewa," titip Che Nom.

No Image Caption

Ikhlas ingin membantu namun kini berasa dikhianati, bekas jurutera itu berharap agar sistem di Malaysia lebih memahami realiti perniagaan keluarga yang kecil-kecilan.

"Che Nom tak faham kenapa kebaikan kita dipijak-pijak macam ni. Kita tolong dengan ikhlas, tapi balasan macam ni pula yang kita dapat. 

"Sistem kerajaan pun satu hal, tak faham beza antara bantu ahli keluarga secara santai dengan syarikat besar yang ada Jabatan Sumber Manusia dan kontrak bagai.

"Che Nom harap sangat sistem kat Malaysia faham realiti bisnes keluarga kecil-kecilan seperti kami. Kalau semua benda kena formal sangat, susahlah kita nak bantu keluarga sendiri. Kita meniaga sebab nak cari rezeki halal, bukan nak kena tikam belakang seperti ini.

"Kalian pernah alami keadaan seperti ini? Kalau pernah, ceritalah sedikit. Apa pun, sabar sahajalah. Che Nom percaya ada hikmah semua ini berlaku, semoga jadi pengajaran untuk kita semua. 

"Selepas ini mungkin kena lebih berhati-hati. Namun niat baik kita itu, Tuhan nampak. Terima kasih sangat-sangat sebab sudi dengar Che Nom luahkan rasa hari ini," kongsinya.

Setakat ini, hantaran Che Nom meraih lebih 42,000 reaksi dan 3,400 perkongsian.

Rata-rata warganet mendoakan agar kekusutan itu dapat dileraikan dengan baik.  

Tidak kurang yang mencadangkan agar mengelakkan mengambil saudara-mara sebagai kakitangan, melainkan benar-benar perlu dan ada sempadan yang jelas. 

Urusan kerja perlu dipisahkan daripada soal peribadi dan setiap perkara perlu ada hitam putih demi melindungi kedua-dua pihak.

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang