Bukan dilantik NGO, peguam ibu Zayn Rayyan kongsi penjelasan & kronologi pelantikan. 'Saya ikhlas membantu mereka'
SELAIN isu lakonan semula, perihal peguam ibu kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin turut menjadi tumpuan.
Masakan tidak, dahulu dikatakan mewakili ibu bapa Zayn Rayyan iaitu Isma dan Zaim, kemudian menarik diri. Tak lama kemudian datuknya pula berkata lantikan peguam, Mahmud Abdul Jumaat dari Tetuan Emir Mahmud & Co adalah dari pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Penjelasan Mahmud merungkai persoalan ramai dan menjelaskan beliau masih mewakili ibu Zayn dan kronologi pelantikannya.
"Maaf kepada semua yang menanti penjelasan daripada saya. Saya juga seperti anda semua lebih inginkan iaitu keadilan buat arwah Zayn Rayyan yang dibunuh diseksa secara kejam.
"Kerana itulah saya agak hairan berkenaan dengan point pertama kenyataan media yang dibuat oleh datuk arwah tempoh hari tentang tiada perlantikan peguam secara rasmi oleh keluarga ke atas saya. Perlu ke sampai nak buat kenyataan media? Seolah-olah sengaja melakukan provokasi terhadap saya," kongsinya di Facebook.
Berikut adalah info ringkas berkaitannya:
1-Menurutnya, pada 31 Mei lalu, beliau telah dihubungi oleh keluarga bapa Zayn Rayyan pada jam 11 malam selepas pasangan suami isteri itu ditahan dan akan dibawa ke Mahkamah Petaling Jaya untuk permohonan reman, keesokkan harinya.
2-Mahmud menjelaskan pelantikannya bukan insiatif NGO tetapi keluarga bapa Zayn Rayyan,
3-Beliau berniat baik ingin membantu kerana berpendapat pasangan itu sudahlah kehilangan anak, malah direman menjadi Orang Yang Disyaki (OYDS).
4-Katanya, ketika itu langsung tak terfikir ia bakal menjadi satu isu yang akan dibangkitkan.
5-Tiada kewajipan untuk surat perlantikan peguam secara rasmi bagi kes jenayah asalkan pihak OYDS atau wakil keluarga OYDS sudah setuju untuk melantik peguam tersebut sudah memadai.
6-Sebelum masuk ke dalam mahkamah, beliau mengesahkan keluarga pasangan itu untuk memberikan amanah untuk membuat bantahan reman.
7-Pada hari Ahad, datuk Zayn Rayyan, Zahari Mohd Reba mahu berjumpanya kerana lelaki itu tidak berada di mahkamah ketika proses reman. Mahmud sanggup bertemu pada hari Isnin walaupun ia adalah hari cuti umum.
8-Selepas perjumpaan tersebut keesokannya, Mahmud membuat keputusan untuk tidak mewakili pasangan itu lagi atas sebab-sebab tertentu.
Baca juga: Atas sebab tertentu, peguam ibu bapa Zayn Rayyan tarik diri. 'Saya doakan kes ini berjalan lancar'
Baca juga: Bekas Timbalan Pendakwa Raya kini dilantik peguam baharu, usaha jumpa ibu bapa Zayn Rayyan
Baca juga: Luahan bapa Zayn Rayyan di mahkamah. 'Saya dianiaya, ini semua fitnah'
9-Namun peguam itu terkejut apabila Zahari menjelaskan kepada media bahawa beliau tidak pernah dilantik untuk menjadi peguam ibu bapa muda itu.
10-Menurut Mahmud, ia adalah fitnah. Beliau mempersoalkan keberadaaannya di mahkamah disamping nenek Zayn Rayyan yang kerap menghubunginya bagi meminta nasihat dan pendapat.
"Saya datang mahkamah tempoh hari tersebut untuk apa? Kenapa hubungi saya malam itu untuk datang ke mahkamah? Mereka datang ke pejabat saya tempoh hari untuk apa? -Peguam, Mahmud Abdul Jumaat
11-Pun begitu, beliau telah menerima mesej memohon maaf daripada Zahari melalui aplikasi WhatsApp berkaitan isu itu,. Mahmud berharap isu pelantikan peguam tidak lagi berbangkit selepas ini.
12-Mahmud turut menjelaskan beliau masih mewakili ibu Zayn Rayyan atas pertimbangannya selepas berjumpa dengan keluarga wanita itu.
13-Peguam itu berterima kasih kepada keluarga ibu Zayn Rayyan kerana memberikan pencerahan yang mengesahkan bahawa pihaknya sememangnya membantu keluarga mereka dari awal kes.
Sekadar info, ibu bapa Zayn Rayyan kini sedang ditahan reman sehingga Rabu manakala ibunya telah dibawa ke blok kediaman di Apartmen Idaman, Damansara Damai untuk melakonkan semula situasi kejadian semasa kehilangan Zayn sehinggalah mayatnya ditemui.
Pasangan suami isteri berusia 29 tahun itu terdahulu ditahan sekitar Puncak Alam kelmarin dan direman selama seminggu dan disambung selama enam hari mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan di Mahkamah Majistret Petaling Jaya.
Sama-sama kita doakan ada keadilan buat anak syurga ini.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang