'Bukan telur sotong ya...' Pengalaman siang 40kg sotong sehari, pendedahan lelaki tular, dedah ada cacing halus
"BUKAN telur sotong..."
Demikian kata seorang lelaki yang berpengalaman menyiang sehingga 40 kilogram sotong setiap hari apabila mendedahkan satu penemuan mengejutkan yang sering disalah anggap oleh orang ramai.
Dalam perkongsian yang tular, pemilik gerai mi udang berkenaan ini membongkar kewujudan cacing halus di dalam sotong, yang disangka ramai sebagai telur atau sebahagian daripada organ dalaman biasa.
Pengalaman unik dan sedikit 'menggelikan' itu sekali gus meraih perhatian tentang apa yang sebenarnya ada dalam makanan laut kegemaran ramai itu.
"Saya siang sotong 40 kilogram (kg) sehari semua ada cacing. Pastikan buang kelongsong cacing ni," katanya.
Menunjukkan bahagian tengah tulang sotong yang lut sinar, kelihatan objek putih persis benang bergumpal.

"Ini cacing di dalam badan sotong. Kedudukannya bukanlah di hujung badan sotong tetapi di bahagian tengah.
"Jika tulang sotong ditarik dan kosong, maknanya cacing ini tertinggal di dalam perutnya.
"Tengok ni, (cacing) masih hidup. 99 peratus sotong ada, sila buang bersih-bersih ya," kongsinya.
Warga maya rata-rata terkejut dengan pendedahan berkenaan dan meluahkan baharu tahu perihal cacing dalam sotong.
"Eeee gelinya. Usia separuh abad baru tahu cacing sotong duduknya di situ."
"Aku rasa selama ni termakan cacing ni tapi selamat sebab sotong sudah dimasak. Kalau mentah memang mudarat."
"Setahun lagi baru saya makan sotong kalau macam ni. Fobia dengan cacing."

Namun menurut seorang warganet, ia sejenis larva parasit dipanggil larva anisakis yang menumpang sotong sebagai perumah.
"Bukan cacing, itu larva parasit. Memang ada dalam sotong. Nama saintifiknya dia larva anisakis.
"Ia kalau sudah masak dan termakan tiada masalah. Asalkan jangan makan mentah, nanti cirit birit," katanya.
Setakat artikel ini ditulis, dua video pendedahan cacing sotong itu sudah mencecah 2.4 juta dan 783,000 tontonan.
Sumber: TikTok
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
