Cemas! Lelaki dihanyutkan kepala air Sungai Klang dekat Pintasan Saloma. 'Baru alih kenderaan, tak sempat selamat diri'

No Image Caption
A
A
A

TULAR di laman sosial video yang memaparkan seorang lelaki dihanyutkan kepala air di Sungai Klang, berhampiran Pintasan Saloma, Kuala Lumpur.

Dalam kejadian pada kira-kira 5.30 petang Isnin itu, mangsa difahamkan hendak mengalih kenderaan yang diletakkan di bawah jambatan.

Difahamkan mangsa merupakan warga tempatan dikenali sebagai K Suresh, 37, merupakan seorang penyelia tapak pembinaan.

Kejadian itu disahkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sazalee Adam.

Berikut info kejadian dan kronologi sebelum lelaki berkenaan dihanyutkan:

No Image Caption

1-Menurut  Pusat Gerakan Operasi JBPM Kuala Lumpur, semasa mangsa hendak mengalih kenderaan yang diletakkan di bawah jambatan berkenaan susulan sedang melakukan kerja-kerja penambahbaikan paip.

2-Semasa insiden itu terdapat 13 mangsa secara keseluruhan berada di bawah jambatan itu tidak sempat melarikan diri apabila kepala air sampai ke lokasi kejadian.

Artikel Berkaitan:

3-Bagaimanapun, 12 daripada 13 mangsa berkenaan berjaya diselamatkan. Mereka terdiri daripada pemancing dan pekerja penambaikan paip.

4-Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, 12 mangsa yang berjaya diselamatkan terdiri daripada tujuh warga Indonesia, empat warga Bangladesh dan seorang Melayu.

5-Manakala mangsa dipercayai masih hilang sehingga kini.

6-Setakat ini mangsa masih belum ditemukan. Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) yang terdiri daripada polis, bomba dan agensi lain disambung pada pagi ini.

Sumber: bernama. Buletin TV3, 2

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang