Comel persis ayahanda & bonda, Tengku Muhammad Johan Petra jadi tumpuan warga maya. 'So cute!'

No Image Caption
A
A
A

KEBERANGKATAN Che Puan Sofie Louise Johansson Petra dan anakanda, Tengku Muhammad Johan Petra di khalayak ramai mengundang perhatian ramai.

Wajah terkini Tengku Muhammad Johan Petra dikongsikan Che Puan Sofie Louis ketika menghadiri sebuah perlawanan bola keranjang di Kuala Lumpur semalam.

“Bersyukur kerana berpeluang menghadiri perlawanan akhir bola keranjang yang menarik ini.

"Kategori Wanita Terbuka Liga Alumni SBP 2024. Tahniah kepada juara,” tulisnya pada kapsyen.

No Image Caption

Menerusi perkongsian Sofie Louise itu di Instagram, rata-rata memuji kecomelan Tengku Johan yang berambut perang dan dilihat sudah boleh berjalan.

Artikel berkaitan:

“Terasa macam baru jer lahir, rupanya sudah berjalan. Comel sangat."

“Cantiknya rambut Tengku Johan.”

“Subhanallah, comelnya.”

"So cute Tengku Johan dan bonda."

No Image Caption

Sekadar info, Che Puan Sofie ialah isteri kepada adinda Sultan Kelantan, Dr Tengku Muhammad Faiz Petra Sultan Ismail Petra.

Putera cilik, Tengku Muhammad Johan Petra yang berdarah kacukan Sweden itu kepada diputerakan pada 17 Julai 2023 bersamaan 28 Zulhijjah 1444H di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan.

Dr Tengku Muhammad Faiz Petra dan Che Puan Sofie melangsungkan perkahwinan pada 19 April 2019 selepas bertunang pada 14 Februari 2018.

Sumber: Instagram

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang