Di mana Nurul Ain Hannani? Left grup WhatsApp famili, nyah aktif media sosial, kali terakhir dihantar ke TBS
KEHILANGAN pelajar Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM) Nurul Ain Hannani, 23, menjadi perhatian orang ramai.
Tular di laman sosial Threads sepupunya @qistinafarihin, Nurul Ain Hannani dilaporkan hilang selepas keluar dari kediamannya di The Sky Residensi, Taman Shamelin sejak 5 Januari lalu dan meminta bantuan orang ramai mengesan keberadaan gadis berkenaan.
Berkongsi video memaparkan sosok wanita dipercayai Nurul Ain, Qaisara berkata destinasi terakhir sepupunya dikesan ialah Terminal Bersepadu Selatan, Bandar Tasik Selatan.
Difahamkan gadis berkenaan didapati keluar daripada semua grup aplikasli WhatsApp keluarga, memadam akaun media sosial dan menyahaktif fungsi lokasi sejak Isnin.
“Nurul Ain mempunyai ketinggian kira-kira 165 sentimeter,” kongsinya.

Difahamkan, gadis berkenaan memaklumkan kepada pemandu e-hailing, dia sedang dalam perjalanan ke Johor.
Dalam pada itu, Qistina memohon orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi.
"Dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan keluarga. Pada pagi Isnin, ibu bapa telah menghantar Nurul Ain pulang ke rumah sewa. Pada petang Isnin pula, teks WhatsApp dengan ibu bapanya dan semua dalam keadaan baik.
"Dia bukan sengaja ‘block’ atau keluar daripada kumpulan semata-mata. Nombornya juga sudah tiada di WhatsApp. Dia tidak pernah mempunyai teman lelaki. Dia seorang yang introvert, tidak ramai kawan dan tidak banyak bercakap.

"Dia lebih suka duduk di rumah dan tidak gemar keluar. Tolong jangan buat sebarang spekulasi yang bukan-bukan," tegasnya.
Memetik Kosmo, Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Aidil Bolhassan berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian berkenaan pada hari Rabu.
“Kes melibatkan seorang wanita berusia 23 tahun yang keluar rumah pada semalam di lobi Sky Residensi Shamelin, Kuala Lumpur.
“Pihak polis telah mengambil tindakan dengan membuat hebahan kepada anggota di lapangan bagi mengesan penama dan hebahan turut dibuat di semua media sosial,” ujarnya.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

