'Dia tak pinjam wang RM1.5 juta...' Bonda Rozita buka mulut tentang Rebecca Nur Al Islam, cuba jernihkan keadaan
ISU membabitkan keluarga termasuk menantu dan adik ipar usahawan terkenal, Rozita Ibrahim seperti tiada kesudahan.
Terbaharu, wanita yang mesra disapa Bonda Rozita tampil memberikan penjelasan isu berkaitan.
Menerusi hantaran di laman sosial, Rozita, 61, yang asalnya enggan bercerita tentang hal yang sedang sedang 'panas' mengakui manusia tidak dapat lari daripada kesilapan.
"Assalamualaikum semua followers dan netizen yang bonda muliakan. Tulisan bonda semoga ada kebaikan dan hikmah.
"Susah juga saya nak membuka mulut. Penjelasan saya ni dengan niat memurnikan keadaan.

"Hiduplah bersyariat kerana Islam itu cara kehidupan dan indahnya kasih sayang "
"Saya mengharapkan agar ALLAH menunjukkan arah jalan kebaikan. Sebagai ketua keluarga, pastinya anak-anak dan keluarga adalah maruah yang amat saya jaga sekuatnya.
"Semua manusia tak lepas dari ujian ALLAH. 'Ujian itu kehidupan dan kehidupan itu adalah ujian.'
"Tiada orang yang boleh terlepas daripada ujian ALLAH tetapi bagaimana kita mengekalkan ketakwaan kepada ALLAH. Tiada keluarga yang dapat lari daripada masalah.
"Semoga ALLAH meredai dan memberi hikmah agar kita mempelajarinya untuk meneruskan kehidupan yang lebih berkat.

Dalam hantaran yang sama, beliau menerangkan hal sebenar tentang adik iparnya, Datin Rebecca Nur Al Islam sekali gus merungkai spekulasi yang diutarakan warganet.
"Yang ikhlas itu amat berat, yang panas huru-hara itu adalah nafsu.
"Saya hendak mencelah di sini untuk menjernihkan spekulasi tentang Datin Rebecca. Dia tak ada meminjam wang 1.5 juta.
"Saya tidak ada urusan perniagaan dengannya sebelum dan selepas kawin dengan suami saya," kongsinya.
Terdahulu, Rebecca dan menantu Bonda Rozita, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid saling berbalas kenyataan di laman sosial.
Bagaimanapun, Rebecca kemudian akur dengan teguran dan nasihat abang kandungnya yang merupakan suami Bonda Rozita untuk memadamkan semua semua hantaran berkaitan isu tersebut.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
