Dicekup dengan isteri orang, doktor dedah diugut dan dibuli, maklumat peribadi disebar tanpa kebenaran. NGO gantung tugas 

No Image Caption
A
A
A

SEORANG doktor lelaki tular di laman sosial susulan video tular dicekup bersama wanita berstatus isteri orang.

Dalam perkembangan terkini, menerusi kenyataan di laman sosial pengamal perubatan itu mendedahkan, berdepan pelbagai fitnah.

"Saya ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa saya serta ahli keluarga telah menerima ugutan dan menjadi mangsa buli siber di media sosial. 

"Kandungan palsu dan berunsur fitnah yang melibatkan wajah saya, ahli keluarga, rakan-rakan, organisasi yang saya sertai serta nombor telefon peribadi saya telah disebarkan tanpa kebenaran," kongsinya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau memaklumkan akan mengambil tindakan melalui saluran undang-undang. Petugas kesihatan itu juga memohon maaf atas kekhilafannya dan mendedahkan ia hal peribadi sekali gus tiada kaitan dengan mana-mana pihak.

"Sehubungan itu, saya telah membuat laporan polis dan berhak mengambil tindakan undang-undang mengikut peruntukan sedia ada terhadap mana-mana pihak yang menyalahgunakan data peribadi saya, menyebarkan fitnah atau mengganggu ahli keluarga saya.

No Image Caption

"Saya dengan rendah hati memohon maaf kepada orang ramai atas perhatian dan kebimbangan yang timbul susulan isu ini serta atas penggunaan sumber awam yang tidak sepatutnya. 

Artikel Berkaitan:

"Perkara ini merupakan isu peribadi dan tidak melibatkan mana-mana organisasi, persatuan, rakan mahupun ahli keluarga.

"Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, saya sedia memberikan kerjasama sepenuhnya. Terima kasih," kongsinya. 

Sementara itu, sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang dianggotai doktor lelaki berkenaan mendedahkan pihaknya telah menggantung tugasnya dan menyifatkan insiden yang berlaku adalah perkara peribadi.

Persatuan berkenaan menyifatkan tidak adil jika pihaknya diheret sama dalam isu berkenaan dan merosakkan usaha murni mereka dalam menyemai semangat sukarelawan dan memberi khidmat kepada komuniti.

"Berikutan situasi yang sedang berlaku, Presiden JCI Kota Bharu 2025 telah digantung daripada menjalankan tugasnya. Berkuat kuasa serta-merta, JCI Kota Bharu akan dipimpin secara interim oleh presiden lantikan terdahulu.

"Kami ingin menegaskan bahawa isu ini merupakan perkara peribadi yang melibatkan presiden semasa dan tidak mempunyai sebarang kaitan dengan misi atau aktiviti JCI Kota Bharu. 

"Perkara tersebut akan disiasat secara dalaman dan tindakan yang sewajarnya akan diambil selaras dengan nilai organisasi kami.

"Kami juga memohon jasa baik semua pihak agar tidak melakukan spam atau serangan terhadap halaman ini, kerana ia tidak adil kepada para sukarelawan dan penaja kami. 

"Tindakan sebegini mengganggu semangat kesukarelawanan serta perkhidmatan komuniti yang kami usahakan bersama," kongsinya. 

Terdahulu, SinarPlus berkongsi sebuah video tular memaparkan doktor berkenaan dicekup suami seorang wanita dipercayai mempunyai hubungan istimewa.

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang