Pempengaruh hampir dicekup berdua-duaan dalam kereta, gagal tunjuk kad nikah. 'Saya ada gambar kahwin...'

No Image Caption
A
A
A

BAGI sesetengah pasangan, momen bercuti atau meluangkan masa bersama kadangkala bertukar detik cemas apabila didatangi pegawai jabatan agama daerah.

Situasi itu bukan sahaja melibatkan pasangan belum berkahwin, malah suami isteri sah juga tidak terkecuali apabila disangka bukan mahram, terutama ketika berada di hotel atau kawasan awam berdua.

Baru-baru ini, pempengaruh media sosial, Iddin Ramli berkongsi detik mencemaskan apabila didatangi pegawai jabatan agama ketika sedang duduk berdua bersama isteri tercinta, Bella, di dalam kereta miliknya.

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Iddin memaklumkan dia dan isteri ketika itu sedang menunggu pekerja mereka di kawasan parkir berhampiran kawasan perumahan sebelum disoal berkenaan status hubungan mereka.

"Ye encik, saya tengah tunggu staf. Kami dari Rawang nak ke Shah Alam ada program di sana.

"Saya tunggu pekerja saya dari tadi belum siap lagi," katanya.

Namun, Iddin berkongsi bahawa sejak lima tahun mendirikan rumah tangga, dia dan isteri tidak pernah membuat kad nikah sebagai bukti perkahwinan mereka.

Artikel Berkaitan:

"Ini isteri saya, kami sudah lima tahun berkahwin tetapi tidak pernah mohon untuk membuat kad kahwin," kongsinya.

Bagaimanapun, Iddin yang memiliki lebih 1.4 juta pengikut di TikTok mencadangkan untuk menunjukkan gambar perkahwinan mereka yang diadakan pada tahun 2021 sebagai bukti pernikahannya.

Mujur pegawai yang melakukan serbuan itu bersikap profesional dan menerima gambar perkahwinan tersebut sebagai bukti tanpa sebarang keraguan.

Walaupun begitu, pegawai tersebut tetap memberi peringatan kepada pendakwah media sosial itu agar tidak menimbulkan sebarang fitnah, serta menggalakkan dia segera membuat kad nikah bagi memudahkan urusan di masa hadapan.

Menjengah ke ruangan komen, warga maya seperti terhibur dengan situasi yang dihadapi pempengaruh itu.

Malah ada juga pasangan yang berkongsi pengalaman serupa, masih belum memiliki kad nikah walaupun sudah bertahun-tahun mendirikan rumah tangga.

Dalam masa sama, netizen turut mencadangkan agar pihak berkuasa menaik taraf sistem sedia ada supaya status perkahwinan pasangan suami isteri boleh disemak secara atas talian atau menerusi aplikasi mudah alih.


Erra pun tak kalah terus sambung “Kita tungguuuu... kad siapa sampai dulu!”

Yang kat set terus kecoh! yang kat rumah nanti mesti jerit

28 Mei 2025 (RABU)

8:30 malam

Facebook & YouTube: @SinarPlus

#BorakBibirMerah #BBMEpisod9 #SedaniaAsSalamCapital #errafazira #OgyAhmadDaud #afieqshazwan #BorakPasalMakTapi #KadPulakSampai #TeamWanyKayrieKeNi #LiveSpillTea #SinarPlus #sinarharian

SinarPlus - Lifestyle, Health & Beauty and Community news" />

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang