Dulu gerutu, nampak tua, wanita ini lega selepas bersalin wajah makin pulih. 'Saya kecewa orang komen penyakit ain...'

No Image Caption
A
A
A

DEMI zuriat tercinta, ibu sanggup menanggung apa sahaja sejak detik pertama mengetahui si kecil berada di dalam rahimnya.

Segala derita ditelan diam, segala sakit dipendam tanpa keluh. Begitulah kasih seorang ibu, cintanya bermula bahkan sebelum anaknya melihat dunia.

Seperti wanita dikenali sebagai Farah Faizal, 28, yang sebelum ini tular apabila wajahnya kelihatan lebih tua, kasar dan menggerutu ketika sedang hamil.

Malah keadaan luar biasa itu dikaitkan oleh orang ramai dengan dakwaan penggunaan produk kecantikan berbahaya dan penyakit gangguan mistik.

Menerusi laman X, Farah menegaskan, perubahan tersebut berpunca daripada hormon kehamilan dan ia bersifat sementara.

No Image Caption

“Ini semua akan berlalu. Ia hanyalah hormon kehamilan... Saya kecewa apabila orang komen ‘ini penyakit ain’, ‘salah produk.

"Untuk ibu-ibu baru atau sesiapa yang pernah alami macam saya, jangan risau,” katanya.

Selepas melahirkan permata hatinya 27 hari lalu, keadaan yang dialami ibu muda yang dikenali sebagai Lala itu semakin pulih.

Antara rawatan yang diterima termasuk Fotona Rosacea Laser yang membantu mengurangkan kemerahan dan radang kulit.

Wajah berubah semasa hamil boleh jadi punca rosasea!

Hamil baru 2 bulan, wajah jadi tua dan berjerawat. Wanita Ini hampir tak kenal diri sendiri. 'Suami beri semangat, puji cantik...'

Selain itu, wanita berkenaan turut diberi ubat antibiotik, krim sapu, serta krim malam khas oleh doktor.

Bagaimanapun, dia masih belum mengambil ubat-ubatan makan yang dibekalkan kerana bayinya mempunyai sejarah penyakit kuning (jaundis).

No Image Caption

Warganet dalam kalangan wanita berkongsi pengalaman serupa turut memberikan motivasi buat Farah.

Kepada SinarPlus, Farah pernah berkongsi perubahan pada wajahnya bermula sejak usia kandungan berusia sebulan. Apabila kandungan mencecah enam bulan, muncul pula garis halus atau kerutan pada dahi. 

Menurut Pakar Klinikal Perubatan Keluarga di Management & Science University (MSU), Dr Haslina Mukhtar Aajamer, perubahan hormon adalah faktor utama berlakunya perubahan pada wajah wanita hamil. 

Rosasea ialah sejenis keradangan kulit muka diakibatkan oleh hormon seperti estrogen, progesteron dan hormon gonadotropin korionik manusia (hCG) berubah-ubah yang  menyebabkan kulit jadi lebih berminyak atau kering serta juga meningkatkan risiko jerawat serta flare-up ekzema.

 

Pakar perubatan tersebut turut menyarankan agar wanita hamil menggunakan pembersih wajah yang tidak mengeringkan dan tidak merangsang kulit, mencuci muka dengan air bersuhu sederhana, serta menggunakan kosmetik dan pelindung matahari yang sesuai untuk kulit sensitif. 

Manakala aspek pemakanan pula, bakal ibu dinasihatkan untuk mengelak makanan tinggi karbohidrat ringkas dan makanan ringan. 

"Lebihkan pengambilan serat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran serta sumber lemak yang baik seperti minyak zaitun, avokado dan minyak kelapa. 

"Tidak dilupakan, makanan tinggi protein sihat seperti ikan, ayam dan daging tanpa lemak juga penting untuk membantu kesihatan kulit dari dalam," katanya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang