Elisya Sandha sambut hari lahir Bunga Elhaq secara sederhana. 'Mummy luka bernanah, adik baru keluar sebulan & awak tak sihat' 

No Image Caption
A
A
A

PELAKON Elisya Sandha dan suaminya, Uzair Haqimy berkongsi momen sambutan ulang tahun kelahiran anak sulung mereka, Bunga Elhaq dalam suasana sederhana dan penuh ujian.

Menerusi satu hantaran video di Instagram, anak kepada pasangan Sheila Rusly dan Jinggo itu meluahkan rasa bersalah kerana tidak dapat meraikan hari istimewa anak perempuannya seperti kebiasaannya. Ini kerana terdapat pelbagai cabaran yang menimpa mereka ketika itu.

“Daddy dan mummy nak minta maaf pada you. Tahun ini kita sambut secara bersederhana. Bukan kerana sengaja, tapi waktu yang tidak menyebelahi. Macam-macam daddy dan mummy diduga,” tulis Uzair.

No Image Caption

Pada masa sama, Bunga yang kebiasaannya ceria dan penuh tenaga ketika menerima hadiah, kali ini kelihatan lemah kerana tidak sihat.

Tambah Uzair, keadaan yang mereka alami ketika itu mungkin tersimpan hikmah dan rahsia yang hanya diketahui oleh Tuhan.

“Lembik je. Daddy tak pernah tengok you macam ni bila dapat hadiah. Selalunya, yang paling bising, paling teruja dan paling energetik memang Bunga Elhaq lah namanya.

“Mungkin ada hikmah di sebalik semua ini, sayang. Mummy luka bernanah, adik baru keluar sebulan, you pula sambut hari lahir dalam keadaan tidak sihat dan macam-macam lagi. Barangkali ada rahsia ALLAH di sebalik semua yang mummy dan daddy sedang hadapi sekarang.

No Image Caption

“Wamakaru, wamakarallah, wallahu khairul maakirin.”

“Selamat hari lahir, sayang,” ujarnya.

Sekadar info, Elisya Sandha dan Uzair Haqimy Azman melangsungkan perkahwinan pada 21 Ogos 2021 dan kini dikurniakan dua cahaya mata, Bunga Elhaq dan Bahtera Elhaq.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang