Farah Lee imbas kenangan, suami berjaya curi hati selepas 8 tahun solo. 'Bila Tuhan sudah atur, makhluk hanya mampu akur'

TIDAK mudah hatinya untuk ditawan, namun kini pempengaruh, Farah Lee menganyam bahagia bersama suami tercinta, Mohammad Fuad Hashim.
Kehadiran Fuad nyata berjaya membuka hati Farah untuk menerima cinta baharu selepas lapan tahun hidup solo sebagai ibu tunggal.
Baru-baru ini, pemilik nama penuh, Nurfarahin Romli itu sempat menyingkap kembali kisah perkenalan mereka.
“Sungguh, bila Tuhan sudah atur, makhluk hanya mampu akur,” tulis Farah dalam satu hantaran di laman sosial Instagram.

Sejak dahulu lagi, ibu kepada Maream Esaabel itu tidak asing dalam kalangan netizen sebagai figura yang tabah membesarkan anaknya dengan penuh kasih sayang dan kekuatan.
Namun jauh di sebalik karakter 'easy going', beliau menyimpan kisah peribadi yang tidak mudah.
Trauma masa lalu menyebabkan wanita kelahiran Terengganu itu menutup hati rapat-rapat kepada insan bernama lelaki.
“Rapat dengan ramai lelaki, ya. Tetapi nak terima lelaki dalam hidup semula? Mustahil,” katanya.
Bagi personaliti media sosial itu, setiap kali ada yang cuba mendekati, dirinya akan menjauh kerana enggan memberi harapan sekali gus membuka luka lama.

Namun mungkin kerana jodoh sudah tertulis, segalanya berubah apabila hadirnya Fuad.
Menerusi hantaran sama, pempengaruh berusia 35 tahun itu berkongsi suaminya juga bukanlah seseorang yang mudah dalam bab perhubungan.
Jelas Farah, imamnya itu seorang yang pemalu, introvert dan sangat berhati-hati dalam bergaul, terutama dengan wanita.
Malah, gurauan rakan-rakan tentang jodohnya yang belum kunjung tiba sering membuatkan Fuad tersipu dan cepat-cepat mengalihkan perhatian.

“Kawan-kawan Fuad sendiri tahu betapa pemalunya dia. Bila orang cuba kenalkan dia dengan perempuan, terus merah muka dan lari pandang tempat lain,” jelas Farah berseloroh.
Ironinya, dua insan yang berbeza latar dan pengalaman ini dipertemukan dalam keadaan yang langsung tidak dijangka.
Baik Farah mahupun Fuad, masing-masing tidak menyangka hubungan mereka akan berakhir di jenjang pelamin.
Malah, pemegang Ijazah Sarjana Pendidikan Kanak-Kanak, University of Leeds itu sambil menyifatkan pertemuan dan perkahwinan mereka berdua sebagai satu aturan Tuhan yang cukup indah.
Siapa sangka perkenalan sejak 2022 membawa ke jenjang pelamin pada 5 Januari 2024.
“Kun fayakun. Maka jadilah. Kami pun tak percaya dengan keputusan sendiri,” titipnya.
Kisah Farah dan Fuad menjadi peringatan bahawa jodoh itu bukan hanya tentang siapa yang cepat, tetapi siapa yang tepat.
Memuat naik rakaman 'screen record' yang memaparkan komubikasi pasangan berkenaan membuatkan warga maya rata-rata gembira melihat kedua-duanya bahagia.

"Cantik perjalanannya Fuad dan Farah."
"Cute nya, moga berbahagia terus ke syurga."
"Generasi 90-an memang stail. Moga till jannah."
"Journey yang sangat indah insyaAllah sampai jannah."
"Fuad di 'seen' je dulu ye, tiba-tiba jadi suami."
"Zaman reply story kan."
"Muka Fuad sangatlah sama dengan Maream and Farah. How jodoh dan kuasa ALLAH worked its wonder."
Sekadar info, Farah pernah mendirikan rumah tangga dengan pengacara televisyen, Ally Iskandar pada Januari 2012 dan berpisah pada Ogos 2016.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Maream Esaabel yang kini berusia 10 tahun.
Sumber: Instagram
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang