Farah Lee tidak serik, suami dedah mahu terus perjuangan meskipun baru dibebaskan. 'Tak sampai Malaysia lagi, dah minta izin'
SUAMI kepada aktivis kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF), Farah Lee iaitu Fuad Hashim mendedahkan, isterinya masih bersemangat untuk kembali menyertai misi seterusnya meskipun baharu sahaja dibebaskan daripada tahanan tentera Isr4el.
Farah, atau nama sebenarnya Nur Farahin Romli, 36, kini berada di Turkiye selepas dibebaskan. Di sana, dia dikatakan telah meminta izin daripada suami, untuk menyertai misi seterusnya.

“Lepas ni nak pergi lagi, hehehe,” titip Farah kepada suaminya menerusi satu perbualan peribadi yang dikongsi di IG Story.
Sementara itu, atlet kuda lasak dan juga penunggang pasukan State Terengganu Endurance Team (STET) itu sempat berseloroh:
"Tak sampai Malaysia, sudah minta izin nak pergi lagi," kongsinya.

Farah Lee sememangnya tidak asing dalam misi bantuan kemanusiaan. Baru-baru ini dia antara aktivis yang terlibat dalam misi anjuran Global Sumud Flotilla (GSF) .
GSF yang disertai lebih 500 sukarelawan dari 45 negara, belayar menuju ke G4z4 sebagai tanda solidariti dan usaha menyampaikan bantuan kemanusiaan.
Bagaimanapun, kumpulan flotilla itu telah dipintas dan ditahan oleh tentera Israel ketika berada di perairan antarabangsa berhampiran G4z4.
Selepas beberapa hari dalam tahanan, para aktivis akhirnya dibebaskan dan diterbangkan ke Turkiye hasil usaha diplomasi yang digerakkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang turut mendapatkan kerjasama Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

