FD Idzham suami Tengku Puteri Afzan, ahli korporat lulusan Imperial College Business School London, 15 info pasangan ini

No Image Caption
A
A
A

ISTIADAT pernikahan puteri diraja Pahang, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selamat dilangsungkan.

Anakanda kesembilan Sultan Pahang itu sah menjadi isteri kepada FD Idzham FD Iskandar dengan kali lafaz.

Siapa agaknya jejaka yang berjaya menawan Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah ini. Berikut 10 info berkenaan FD Idzham:

No Image Caption

1-Dilahirkan pada tahun 1997, FD Idzham nama sebenarnya Fateh Idzham bin Fateh Iskandar adalah anak pertama daripada enam adik-beradik.

2-Beliau adalah anak kepada Pengarah Urusan Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif Glomac Berhad, Datuk Seri Fateh Iskandar Mohamed Mansor dan Datin Seri Hafizah Mohd Zakaria.

3-FD Idzham memegang Master of Science Innovation, Entrepreneurship & Management dari universiti terkemuka, Imperial College Business School, London.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

4-Beliau terdahulu meraih Bachelor of Arts Business Finance with Marketing dari Middlesex University, London.

5-FD Idzham menerima pendidikan awal di Cempaka International School, Kolej Tuanku Jaafar, Stanbridge Earls dan St Lawrence College sebelum melanjutkan pelajaran ke peringkat A-level di Collingham College.

6-Kariernya melibatkan pelbagai sektor seperti hartanah dan runcit. Berbekalkan pengalaman sebagai Pegawai Bank Pelaburan di Bahagian Perkhidmatan Pelanggan di Maybank Investment Bank Berhad, FD Idzham kini memegang jawatan penting sebagai Ketua Kumpulan Pembangunan Perniagaan & Strategi Korporat di Glomac Berhad.

7-Sebelum itu, beliau pernah berkhidmat sebagai Pengarah Urusan di Vacas Glo Sdn Bhd dan Pengarah di MakaMakan Sdn Bhd.

8-FD Idzham juga kini adalah bendahari Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda) Selangor.

9-Selain rekod pendidikan cemerlang dan kerjaya yang hebat, FD Idzham meminati sukan berbasikal, menunggang kuda dan merupakan penyelam penyelamat bertauliah diiktiraf Professional Association of Diving Instructors (PADI).

10-FD Idzham juga pernah menjadi pemain rigbi kelab yang berpengkalan di London Saracens FC. Beliau juga aktif sebagai pemain kolej dan varsiti ketika melanjutkan pelajaran di St Lawrence College, Imperial College Business School dan Middlesex University.

Tengku Puteri Afzan dan FD Idzham sungguh cantik dan sepadan, bagaikan pinang dibelah dua.

Beauty with brains, demikian definisi tepat tentang anakanda kesembilan daripada 10 beradik. Berikut lima info menarik mengenai baginda:

No Image Caption

1- Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah diputerikan pada tanggal 11 September 2000 di Hospital Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan.

2-Baginda adalah saudara kembar kepada Tengku Panglima Perang Pahang, Tengku Ahmad Ismail Muadzam Shah.

3-Tengku Puteri Afzan dan kembarnya merupakan graduan universiti ternama di United Kingdom iaitu Royal Holloway University.

4-Puteri kelahiran Pahang ini meraih Ijazah Sarjana Muda Sains di dalam bidang Pengurusan dan Perakaunan setelah menghabiskan pelajarannya di kota England pada tahun 2022.

No Image Caption

5-Puteri Tengku Ampuan Pahang itu mewarisi bakat memasak daripada bondanya. Menerusi satu hantaran Facebook House of Pahang menyatakan Tunku Azizah pernah menyatakan yang abang-abang Tengku Afzan kata masakan Tengku Afzan lebih sedap daripada masakannya sendiri!

Tidak kekok bergaul dengan rakyat dan murah dengan senyuman, Tengku Puteri Afzan sering mengiringi ayahanda serta bonda ke majlis rasmi ketika menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-16 dahulu.

No Image Caption

Justeru, tidak hairanlah puteri berusia 23 tahun ini menjadikan kesayangan rakyat Malaysia dan perkahwinannya menjadi perhatian ramai.

Terdahulu, Pengelola Bijaya Diraja Utama Mejar Jeneral Datuk Mohamed Zahari Yahya sebelum ini memaklumkan istiadat perkahwinan diraja Pahang akan berlangsung pada tiga hari iaitu 22, 23 dan 25 Ogos ini.

Istiadat berinai akan berlangsung pada Jumaat dan diikuti persandingan diraja pada Ahad.

Sumber: LinkedIn

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang