Tengku Puteri Afzan bakal bernikah, Sultan Pahang sebak & menitis air mata. 'Moga ikatan perkahwinan kekal hingga ke jannah'

No Image Caption
A
A
A

PERKAHWINAN puteri diraja Pahang, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang akan berlangsung pada minggu ini menjadi tumpuan ramai.

Ayahanda baginda, Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tidak dapat menahan sebak ketika bertitah mengenai pernikahan diraja puteri itu.

Kredit foto: House of Pahang
Kredit foto: House of Pahang

Al-Sultan Abdullah dilihat mengesat air mata dan tidak dapat meneruskan titah baginda ketika mendoakan perkahwinan Tengku Puteri Afzan bersama pasangannya, Fd Idzham Fd Iskandar agar dipermudahkan ALLAH dan berjalan lancar.

Baginda yang tidak dapat menahan sebak menitiskan air mata semasa bertitah sebelum Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah yang berada di sebelah baginda menyambungnya.

"Semoga majlis yang diadakan ini akan berjalan lancar penuh keberkatan dan diredai ALLAH serta ikatan perkahwinan yang bakal terbina akan kekal (baginda mengesat air mata dan meminta Tengku Hassanal menyambung titah)...baca ini.

Artikel Berkaitan:

Kredit foto: House of Pahang
Kredit foto: House of Pahang

"...akan kekal hingga ke jannah, insya-ALLAH. Di samping itu juga, marilah bersama-sama kita berdoa agar negeri Pahang Darul Makmur serta rakyatnya akan terus dipelihara dan dilindungi ALLAH SWT," titah yang dibacakan Tengku Mahkota Pahang.

Baginda bertitah demikian pada Majlis Perasmian Masjid Al-Falah Perkampungan Sungai Isap 2 dan Doa Selamat Bersempena Istiadat Perkahwinan Diraja.

Perkahwinan diraja, Tengku Afzan bersama pasangannya akan berlangsung pada 22 hingga 25 Ogos ini dan akan dipentaskan secara langsung bertempat di Tasek Kotasas dan Padang MBK 1, Kuantan.

No Image Caption

Menerusi poster yang tular baru-baru ini, istiadat akad nikah diraja, istiadat berinai dan istiadat persandingan diraja bakal dilangsungkan pada tarikh tersebut.

Pengurus acara yang mengendalikan majlis tersebut menyediakan skrin besar dan lintas langsung untuk tontonan rakyat Pahang.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang