Hazmiera akui arwah Nidza Afham teman lelaki setia & penyayang. 'Tak tahu cara untuk move on, mungkin masa mengubati...'
PEMERGIAN penyanyi, Nidza Afham ditangisi ahli keluarga, rakan dan para peminat. Reda insan yang disayangi sudah tiada, teman wanita Allahyarham, Hazmiera Amrisya Haslan akhirnya bersuara mengenai kehilangan insan tersayang.
Menerusi Instagram, Hazmiera yang mesra disapa Miera mengakui sukar untuk melangkah daripada episod duka dan menerima kenyataan Nidza sudah tiada namun reda.
"Tak tahu cara untuk move on. Sayang, bergembiralah di sana. Nanti kita jumpa.
"Saya tidak tahu sebenarnya bagaimana untuk move on daripada semua ini.
"Mungkin masa akan mengubati tetapi kesetiaan, kasih sayang, kebaikan dan usaha sayang," katanya.
Dalam pada itu, Hazmiera berkata momen bersama peserta rancangan realiti I Can See Your Voice 3 dan pemilik single berjudul Ternyata Bukan Aku itu manis untuk dikenang.
"Tak dapat saya cakap apa-apa lagi. Semuanya cukup dan bahagia bagi saya untuk dikenang.
"Saya cuma teman wanita yang cuba buat yang terbaik dan berikan apa yang mampu untuk teman lelakinya.
"Saya yakin sayang dah gembira di sana. Saya bahagia kalau sayang bahagia," kongsi Miera pada Instagram miliknya.
Dalam pada itu, beliau turut menitipkan doa buat Allahyarham dan berterima kasih kepada ibu Nidza iaitu Irni Yusmira Istihat kerana menerimanya sebagai menantu.
"Terima kasih Umi menerima Miera sebagai menantu Umi. Sayang tolong doakan saya dekat sini juga okay? I love you sayang," kongsinya.
Hazmiera adalah individu terakhir berkomunikasi dengan arwah dan orang pertama menyedari kehilangan Nidza sebelum memaklumkan kepada adik Allahyarham menerusi Instagram.
Beliau terdahulu mengesan telefon bimbit mangsa berdekatan Jambatan Sungai Klang selepas gagal dihubungi.
Hal berkenaan membuka peluang bagi membolehkan ahli keluarga yang lain untuk mencarinya dan membuat laporan polis.
Nidza ditemui mati mengejut (SDR) selepas hampir 24 jam hilang pada Selasa, 14 Ogos.
Sebelum itu, polis mengesahkan menerima laporan kehilangan penyanyi itu yang keluar rumah pada 7.45 petang, 15 Ogos dengan menggunakan perkhidmatan e-hailing ke Stadium Sultan Sulaiman, Klang untuk berjogging.
Mayat lelaki itu ditemukan seorang pemancing yang juga lelaki warga tempatan kira-kira dua kilometer dari lokasi jambatan.
Hasil bedah siasatan mendapati tiada kecederaan fizikal dan siasatan polis diteruskan sebagai SDR.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang