Sifatkan Nidza Afham manusia paling baik, Aufahanie dan kakak kenang pemergian. 'Kami sayang Am sangat...'

No Image Caption
A
A
A

KEMATIAN penyanyi Allahyarham Nidza Afham cukup menghibakan. Hilang selama hampir 24 jam, berita pemergiannya mengejutkan ramai apabila jasadnya ditemui terapung di dalam Sungai Klang.

Hiba dengan kehilangan insan tersayang, penyanyi Aufahanie dan kakak, Efahanie mengenang kembali kebaikan Nidza Afham yang mesra disapa Am.

Kedua-duanya menitipkan momen amat dirindui bersama Allahyarham termasuk memuat naik tangkap layar teks perbualan bersama.

'KAMI SAYANG AM SANGAT '- EFAHANIE

No Image Caption

Efahanie, 30, menyifatkan adik lelakinya itu ringan tulang membantu dan sering menghiburkan dengan sifatnya yang kelakar.

“Kamu adalah manusia paling baik pernah wujud dalam hidup saya. Kamu takkan pernah kata tidak kepada kami.

Artikel Berkaitan:

"Lawakmu, sticker Whatsapp lucu. I still can’t believe this happen. ALLAH sayang orang baik. Kami sayang Am sangat," ciap Efahanie di X."

Ahli keluarga tidak berhenti mencari arwah selepas hilang. Kakak sulung itu yang ditemu bual portal Gempak memaklumkan bapanya semasa melaungkan azan di Jambatan Sungai Klang dapat merasakan firasat adiknya berada di sekitar.

Perkara itu dikongsinya yang turut berada di sekitar kawasan penemuan jenazah.

"Ayah cakap masa melaungkan azan, dia sudah ada firasat Nidza berada di situ. Tapi ketika itu masih belum ada kepastian," katanya.

Berkongsi lanjut, Efahanie memberitahu mayat adiknya itu ditemui oleh orang awam yang sedang memancing di kawasan berkenaan.

"Ada seorang lelaki beritahu dia sudah nampak mayat itu sekitar pukul 3 petang (Rabu) tetapi tidak timbul sepenuhnya.

"Kemudian sekitar pukul 5 petang barulah nampak mayat sepenuh dan dia melaporkan kepada pihak polis.

"Ketika itu saya dalam perjalanan pulang dan kembali ke lokasi bagi tujuan pengecaman mayat," ujarnya.

Tambahnya, mayat dipercayai sudah berada di kawasan berkenaan sejak lewat malam Selasa sebelum ditemui. Irfa juga memberitahu dia dan keluarga masih tidak dapat pastikan punca kematian adiknya itu.

No Image Caption

"Kita menemui telefon bimbit dia. Kami periksa, tiada sebarang unsur jenayah, hutang atau yang pelik-pelik.

"Arwah juga banyak menghabiskan masa di rumah sejak kebelakangan ini selepas melalui proses pembedahan akibat kecederaan pada lutut.

"Dalam nota di telefon bimbit pun hanya ada perancangan berkahwin dan belanjawan. Tapi dia belum ada tarikh berkahwin," kongsinya.

'BAHAGIALAH DI SYURGA FIRDAUSI' - AUFAHANIE

Manakala penyanyi Aufahanie benar-benar berasa kehilangan kerana beliau dan Allahyarham mempunyai hubungan yang akrab.

No Image Caption

Menerusi perkongsian di Instagram, finalis Big Stage 3 itu mendoakan abangnya ditempatkan di syurga kelak.

"I love you Am (Afham). "Bahagialah di syurga firdausi," tulisnya sambil berkongsi dua fotonya bersama Afham ketika kecil.

Dalam pada itu, Aufahanie tidak mempu menahan sebak lagi apabila menangis dengan berita pemergian abang tercinta.

"Air mata sampai dah habis. Menangis tanpa air mata. Allahu Allahu," ciap Aufa di platform X.

No Image Caption

Tambah Aufahanie, beliau dan Afham sangat rapat dan seorang yang sentiasa ada ketika berdepan apa jua masalah.

Keluarga memaklumkan jenazah Nidza Afham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Felda Bukit Cerakah, Puncak Alam selepas solat Asar manakala solat jenazah di Masjid Puncak Alam.

Terdahulu, Allahyarham dilaporkan hilang pada 9.04 malam 13 Ogos dan lokasi terakhirnya Jambatan Sungai Klang. Telefon bimbit dan dompetnya ditemui di hujung jambatan baharu bagaikan kad debit didapati hilang.

Sumber: Gempak

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang