'Ingatkan ada 7 anak tidak susah lepaskan...' - Hari pertama Tasha di asrama, Dr Sheikh Muszaphar tidak tahan rindu
MINGGU ini laman menyaksikan anak-anak kembali ke sekolah. Bagi ibu bapa anak yang memasuki persekolahan menengah dan melangkah ke asrama, perpisahan tentu tidak mudah termasuk angkasawan negara, angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie Sheikh Mustapha.
Baharu sehari berpisah dengan anak keduanya, Sophea Natasha, 13, atau Tasha yang memulakan persekolahan menengah di ke sekolah berasrama penuh, Kolej Tunku Kurshiah (TKC), beliau meluahkan kerinduan.
Biarpun pernah berjauhan, bekas doktor pakar ortopedik itu perpisahan kali ini lain dan lebih sukar.
Memuat naik video memaparkan momen Tasha melafazkan ikrar dan memasuki dorm, Dr Sheikh Muszaphar mendedahkan emosinya benar-benar tersentuh.

"Baru hari pertama Tasha di asrama daddy sudah mula rindu. Sungguh merinduinya.
"Fikir dengan tujuh orang anak tidak akan susah sangat untuk melepaskan rupanya sangkaan saya silap.
"Anak tetap anak. Membesarkan, menyaksikan tumbesaran, berkongsi suka duka, menyelami perasaan dan berkongsi tawa dan kegembiraan dengan mereka memberi kesan yang sangat mendalam kepada saya," titipnya.
Mengakui ia mungkin perasaan normal ibu bapa menghantar anak ke sekolah berasrama, pengurus skuad taekwondo negara di Sukan SEA Thailand baru-baru ini gembira asalkan anak-anaknya bahagia.

"Kadang-kadang anak okay sahaja tinggal di asrama tetapi ibu bapa pula yang jadi tidak tentu arah merindui.
"Sebagai seorang ayah saya gembira apabila anak-anak bahagia," kongsinya.
Sekadar info, Dr Sheikh Muszaphar yang merupakan rakyat Malaysia pertama meneroka angkasa lepas berkahwin dengan Datin Dr Halina Mohd Yunos pada 10 Oktober 2010.
Pekahwinan mereka diserikan dengan kehadiran tujuh cahaya mata termasuk iaitu Sophea Isabella, Sophea Natasha, dua pasang kembar iaitu Sheikh Adam,Sheikh Noah, Sheikh Eusoff dan Sophea Emelia serta putera bongsu Syed Muhammad.
Anak pertama mereka Sophea Isabella atau Bella, 15, juga berada di asrama selepas melanjutkan pengajian peringkat menengah di Kolej Permata Pintar Negara (KPPN).
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
