"Jangan sampai hilang percaya"  Mendalam nasihat Datuk Jalaluddin Hassan untuk para suami! 

No Image Caption
A
A
A

RISAU melihat situasi kebelakangan ini yang membabitkan isu keretakan rumah tangga selebriti. Bulan lepas sahaja, lebih daripada 5 kes artis atau pempengaruh yang kita dengar. Itu yang kita nampak, tetapi sebaliknya lebih ramai yang sedang mengalami masalah ini.

Mungkin ada sesetengah kes, kita lihat isteri yang mahu failkan penceraian disebabkan hal-hal tertentu. Malah, ada juga sebaliknya.

Masih tidak terlambat untuk diselamatkan. Lebih-lebih lagi dalam menambat semula hati sang isteri. Apa yang mereka inginkan hanyalah untuk rasa dihargai segala pengorbanan mereka sebagai isteri. Itulah pesanan dari pelakon veteran, Datuk Jalaluddin Hassan kepada suami di luar sana.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh seorang pengguna di laman TikToknya, Jalaluddin atau lebih mesra disapa Tok Jalal berkata, suami memikul tanggungjawab yang besar bagi memastikan isteri mendapat nafkah zahir dan batin secukupnya.

No Image Caption



“Kepada suami di luar sana, jasa dan pengorbanan isteri ni besar sebenarnya berganda-ganda daripada kita.

“Kita bagi sedikit kasih sayang, dia balas lebih daripada itu, jadi kepada suami di luar sana jangan lah ambil mudah, faham perasaan isteri.

“Isteri tak minta apa-apa daripada suami, yang dia mahu hanya kasih sayang kita. Dan apa yang kita beri itulah tanggungjawab kita, dapat pahala lagi.

“Jangan sampai mereka hilang kepercayaan pada kita, bila orang perempuan ni hilang percaya dia nampak buruk,” katanya.

Kata-kata Tok Jalal mendapat persetujuan oleh orang ramai di ruangan komen. Malah, ada juga yang terkesan dengan pandangan beliau.

kalau lah semua suami2 ni seperti mana ayat Dato' Jalaluddin Hassan ni..semua isteri diluar sana terselamat dari api neraka

Dalam maksud nasihat orang lama “bila perempuan hilang kepercayaan dia nampak buruk”

Thank you dato sebab memahami apa isi hati sorg isteri I’m cry dgr dato cakap

Sekadar info, Jalaluddin bertemu jodoh sekali lagi dengan Datin Rapidah Abdul Ghani pada 2017, selepas setahun pemergian isteri pertamanya.



Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang