'Kalau bukan saya gendong, takut 'orang lain' ambil.' Ditegur selalu 'melekat' dengan anak, Datin Atikah dedah kisah misteri ketika bercuti

No Image Caption
A
A
A

SUDAH menjadi kebiasaan orang ramai berkongsi kisah seram yang mereka alami, terutamanya ketika menginap di hotel atau rumah tumpangan.

Ini kerana tempat penginapan tersebut tidak semestinya ‘kosong’ atau bebas daripada ‘penghuni lain’...

Baru-baru ini, pelakon jelita Datin Atikah Suhaime berkongsi pengalaman seram yang dialami mereka sekeluarga ketika bercuti di Janda Baik. Kisah ini dikongsi selepas ada warganet menegur beliau yang dilihat sering mengendong bayi perempuannya, Mulan.

Menerusi perkongsian video di TikTok miliknya, Atikah ada meninggalkan komen menjelaskan bahawa dia berasa bimbang untuk membiarkan anaknya tidak dikendong oleh dia sendiri atau pembantu rumah, gara-gara pengalaman mistik yang berlaku semasa percutian tersebut.

No Image Caption



“Terima kasih atas nasihat, tapi buat masa sekarang, Tika tak berani biar Mulan sendiri. Mesti ada orang tengokkan dia... takut jadi apa-apa. Lagipun, ada cerita seram kat sini yang Tika tak kongsi lagi. Kalau bukan Tika atau pembantu rumah yang gendong, takut ada 'orang lain' pula yang datang gendong nanti . Suami pun kena kacau, dia yang cerita kat Tika.

"Pukul 4.00 pagi suami dengar Tika cakap nak gendong baby sambil jalan keluar. Tapi pelik sebab masa tu Tika tengah dalam tandas, tengah buang air.

“Dia nampak macam Tika tengah tindih paha dia dengan kain batik, nak ambil Mulan. Tapi bila Tika keluar dari tandas, terus ‘benda’ tu hilang. Nasib baik suami sempat bangun. Sejak tu, Tika memang tak bagi Mulan sendiri kat vila... kena gendong, tak boleh tinggal seorang atas katil,” kongsinya.

@atikahsuhaimeeee Enjoy! Hari ni masak sup ekor, ayam kecap, sayur goreng. #fyp#mukbang#staycation#villa#jandabaik#oxtailsoup original sound -



Meninjau di ruangan komen, ramai pengikut turut berkongsi pengalaman serupa ketika bercuti di kawasan yang sama. Malah, ada yang sempat memberi tip untuk diamalkan bila menginap di kawasan berhutan seperti itu.

"Janda Baik memang keras, Tika... Haritu masa anak saya baby, si kakak tu nampak nenek-nenek kat bilik kita orang. Bila saya cerita kat kawan, dia pun kata pernah kena juga. Memang terkenal dengan nenek-nenek... seram bila ingat balik. Masalahnya, bulan depan keluarga ajak pergi sana lagi "

"Betul. Dua benda dalam hidup jangan tinggal seorang seorang baby dan mayat. Nanti benda lain datang. Sejak abang cakap macam tu, memang saya tak pernah tinggal baby seorang."

"Kalau dah ada gangguan macam tu, elok sentiasa dekat dengan baby. Takut jadi benda yang tak elok... Semoga sentiasa dalam lindungan-NYA."

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang