‘Kalau tak bagi telefon, anak guna...’ – Azhar Sulaiman pertahan KPM, dakwa gajet jadi punca

No Image Caption
A
A
A

ISU disiplin pelajar bukan perkara baharu, namun kebelakangan ini makin kerap menjadi tajuk utama.

Manakan tidaknya, daripada kes pergaduhan hingga membawa kepada tragedi yang meragut nyawa. 

Di tengah-tengah perdebatan masyarakat tentang siapa yang harus dipersalahkan, pelakon dan personaliti media sosial, Azhar Sulaiman, tampil dengan pandangan yang cukup berbeza dan berlapik sinis.

Dalam satu hantaran video di Facebook, Azhar menegaskan bahawa menyalahkan pihak sekolah atau Kementerian Pendidikan bukan jalan penyelesaian. 

Katanya, semua pihak di bawah pimpinan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, termasuk KPM serta jabatan pendidikan negeri dan daerah, telah melakukan yang terbaik demi memastikan keselamatan serta kesejahteraan pelajar.

“Macam-macam masalah berlaku kat sekolah ni. Abang rasa tak patut kita salahkan Menteri Pendidikan, KPM, sekolah atau jabatan pelajaran negeri dan daerah. 

"Semua pihak dah buat yang terbaik,” ujarnya dengan nada tegas tetapi santai.

Menurut Azhar, akar masalah sebenar bermula di rumah, apabila anak-anak kini terlalu bebas mengakses kandungan tidak sihat di internet melalui gajet tanpa kawalan.

“Masalah kita ni gajet. Budak-budak kita terdedah kepada budaya anasir kuning. Kalau tak dapat telefon yang boleh akses internet, mereka guna komputer riba ibu bapa. 

"Budak-budak sekarang memang pandai cari bahan,” katanya.

No Image Caption

BAHAN BERBAHAYA

Pelakon yang juga bapa kepada tiga cahaya mata itu berpendapat, gajet ibarat pisau bermata dua. 

Di satu sisi ia alat pembelajaran, di sisi lain ia membuka ruang kepada pelbagai pengaruh negatif yang boleh membentuk tingkah laku remaja.

Dengan gaya selamba yang sudah sinonim dengannya, Azhar sempat bergurau bahawa mungkin penyelesaian paling selamat ialah memberikan anak-anak “walkie-talkie” sahaja untuk berkomunikasi.

“Mungkin bagi anak pakai walkie-talkie je, habis cerita. 

"Masalah kita adalah akses mereka kepada bahan berbahaya di internet,” katanya bersahaja.

Dalam nada separa bergurau tetapi penuh maksud tersirat, Azhar turut membandingkan situasi di Malaysia dengan negara jiran.

“Kalau di Singapura, kalau kalian taip sahaja alamat tak tentu pasal, keluar arahan datang pada kamu,” tulisnya.

GEMAR KELUAR MALAM

Selain memberi pandangan tentang isu semasa, Azhar turut berkongsi sedikit kisah peribadi. 

Katanya, sewaktu zaman remaja dulu, beliau pernah digelar ‘Mat Rambu’ kerana gemar keluar malam dan jarang berada di rumah.

“Behar dulu family panggil Mat Rambu sebab susah sangat nak lekat kat rumah. 

"Malam je hilang, sampai subuh baru balik,” kongsinya sambil ketawa kecil.

No Image Caption

Namun katanya, keadaan kini jauh berbeza. Anak-anaknya lebih tenang dan tidak gemar keluar rumah pada waktu malam, mungkin mewarisi sikap ibunya.

“Anak-anak saya pula lain, pukul 12 tengah malam semua dah lembik, ikut perangai mak dia,” tulisnya berseloroh.

Sebagai langkah tambahan, Azhar turut berkongsi bagaimana pemasangan CCTV di setiap ceruk rumah membantunya dan isteri memantau pergerakan anak-anak.

“Takde kes sneaked out atau sneaked in sebab CCTV ada merata ceruk rumah kami,” katanya lagi. 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang