'Kami akan terus kuat.' Lepas ibu ayah, datuk & nenek Zayn Rayyan pula ditahan polis
DATUK dan nenek sebelah bapa kepada kanak-kanak austime, Zayn Rayyan Abdul Matiin telah ditahan polis.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, mengesahkan penahanan itu bagi membantu siasatan.
"Ya, datuk dan nenek, ditangkap dalam jam 2.30 petang hari ini. Mereka ditahan di Subang Bistari.
"Permohonan reman ke atas mereka akan dibuat di Mahkamah Petaling Jaya esok," katanya.
Difahamkan, mereka ditahan anggota D9 Ibu Pejabat Polis Selangor.
Terdahulu, pasangan pasangan itu hadir ke prosiding tertutup melibatkan menantu mereka di Mahkamah Majistret Petaling Jaya.
Ditemui di pekarangan mahkamah, lelaki berkenaan sempat memaklumkan bahawa mereka sekeluarga akan terus kuat.
"Insya-ALLAH kami semua kuat," katanya yang hadir bersama bersama dua anak lelakinya.
Untuk rekod, mayat kanak-kanak berusia enam tahun itu ditemukan dalam keadaan terbaring di aliran anak sungai berhampiran rumahnya di Apartment Idaman, Damansara Damai pada 6 Disember tahun lalu iaitu sehari selepas dilaporkan hilang.
Kanak-kanak autistik itu dipercayai dibunuh apabila hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher dan badannya akibat mempertahankan diri.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang