Kes Zayn Rayyan: Peguam tidak tahu prosiding tertutup diadakan, tiada pengakuan bersalah daripada ibu, 10 info perlu tahu

No Image Caption
A
A
A

PROSIDING tertutup kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin di Mahkamah Majistret Petaling Jaya menjadi tumpuan ramai.

Kelibat wanita berusia 29 tahun itu yang memakai baju lokap berwarna ungu dilihat hadir ke mahkamah tanpa suaminya.

Fakta terbaru, ibu yang dikenali sebagai Isma itu tidak membuat sebarang pengakuan bersalah tetapi hanya merekodkan keterangan berhubung kejadian yang berlaku di samping memperbetulkan fakta bercanggah.

No Image Caption

Berikut 10 info penting yang dikongsikan peguam:

1-Peguam, Fahmi Abdul Moin menjelaskan pihaknya tidak dimaklumkan mengenai prosiding tertutup berkenaan sebaliknya hanya mengetahui daripada media.

2-Susulan tiada pengakuan salah dan hanya memberi keterangan daripada Isma, majistret merekodkan bantahan peguam terhadap permohonan polis untuk mendapatkan pengakuan anak guamnya.

3-Bantahan permohonan itu dibuat mengikut Seksyen 26(1) Akta Keterangan 1950 kerana berdasarkan undang-undang, kanun itu tidak dinyatakan dalam mana-mana prosedur yang jelas.

No Image Caption

4-Fahmi meminta penjelasan daripada polis berkenaan tiada makluman berkaitan prosiding berkenaan kerana katanya ia boleh menjejaskan proses pembelaan daripada pihaknya pada masa akan datang.

5-Selepas bantahan direkodkan, Fahmi telah keluar. Isma dikatakan meminta peguamnya, Mahmud Jumaat untuk terus berada di dalam prosiding berkenaan yang telah memakan masa selama sejam.

6-Dalam pada itu, Mahmud memohon orang ramai tidak membuat spekulasi atau berita tidak sahih melibatkan ibu bapa berkaitan kematian arwah.

No Image Caption

7-Katanya, banyak percanggahan yang ketara daripada keterangan Isma dan apa diuar-uarkan oleh orang ramai.

8-Fahmi mendedahkan esok (13 Jun) adalah hari terakhir tempoh reman ibu bapa kanak-kanak itu.

9-Difahamkan prosiding akan diteruskan esok sama ada pertuduhan kepada orang yang disyaki (OYDS) sama ada salah seorang atau salah satu, atau jika tiada pertuduhan pasangan itu perlu dilepaskan dengan jaminan polis.

10- Catatan siasatan telah sampai ke peguam negara dan akan diteliti. Sebarang keputusan akan dimaklumkan esok sama ada dilepaskan atau dituduh.

Baca juga: Bukan dilantik NGO, peguam ibu Zayn Rayyan kongsi penjelasan & kronologi pelantikan. 'Saya ikhlas membantu mereka'

Baca juga: Luahan bapa Zayn Rayyan di mahkamah. 'Saya dianiaya, ini semua fitnah'

No Image Caption

Difahamkan, pihak peguam masih belum berjaya menemui ibu bapa kanak-kanak itu kecuali di mahkamah.

Berkaitan lakonan semula yang dilakukan oleh ibu Zayn Rayyan baru-baru ini, kata Mahmud ia adalah prosedur biasa bagi mana-mana siasatan kes jenayah.

Pada 6 Disember tahun lalu, mayat kanak-kanak berusia enam tahun itu ditemukan dalam keadaan terbaring di aliran anak sungai berhampiran rumahnya di Apartment Idaman, Damansara Damai, selepas hilang sehari sebelumnya.Kanak-kanak itu dipercayai dibunuh apabila hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher dan badannya akibat mempertahankan diri.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang