Kantoi! Pemuda ditangkap rakam wanita di pasar raya, siap ada stok video ibu hamil. Rupanya buat simpanan puaskan nafsu

No Image Caption
A
A
A

SEPANDAI-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua!

Peribahasa ini sesuai ditujukan kepada seorang lelaki awal 20-an yang kegiatan gangguan seksualnya berjaya dihidu seorang wanita bersama keluarga baru-baru ini.

Menerusi perkongsian Erny Nuryassmien di Facebook, kejadian itu berlaku selepas wanita tersebut perasan lelaki terbabit mengekorinya dari belakang ketika sedang membeli-belah di sebuah pasar raya.

"Perasan budak ni ikut lagi sambil telefon tegak merakam. Mungkin kebetulan masuk sekali. Bila ke bahagian lain, perasan budak ni ikut sambil merakam, telefon tegak, ke bahagian lain pun sama, jelas sangat.

"Rupanya ada beberapa video saya siap zum belakang saya dan beberapa video perempuan mengandung yang lain, berpurdah pun ada, kecenderungan memang pada orang mengandung.

"Si pelaku pun sudah diserah kepada polis, kami sendiri buat laporan. Selepas disoal siasat, baru 20 tahun, budak universiti sini. Katanya suka buat simpanan untuk puaskan nafsu, dah lama buat kerja macam ni," tulisnya.

No Image Caption

Namun begitu, meskipun laporan polis sudah dibuat, wanita berkenaan membuat keputusan untuk menarik semula laporan atas dasar pertimbangan usia dan peluang untuk berubah.

Pihak polis menyatakan bahawa kejadian ini bukan satu kes jenayah atas sebab pelaku hanya merakam tanpa membuat sebarang sentuhan fizikal terhadap mangsa.

No Image Caption

"Untuk makluman, saya tak nak pun laporan ini ditarik, sebab saya risau benda ni dah memang jadi kebiasaan.

"Lepas ni dia berani meraba pula. Tapi polis kata ni bukan kes jenayah sebab tiada sentuhan, hanya merakam.

"Tapi saya akan ke universiti si pelaku terbabit untuk tindakan tatatertib," tambahnya.

No Image Caption

Di akhir perkongsian, wanita tersebut menyeru kaum hawa supaya berani menyuarakan dan mempertahankan hak mereka.

“Untuk kaum wanita dan gadis-gadis dekat luar sana, jangan takut pertahankan benda betul, rakam sebagai bukti dan jangan takut sebab sekarang pakai purdah pun dah tak selamat,” tulisnya lagi.

Dalam sebuah hantarannya yang lain melibatkan kes terbabit, wanita itu berkongsi ada beberapa pihak memintanya memadamkan hantaran tersebut.

Namun begitu, bekas tetap dengan prinsipnya untuk terus memberi kesedaran kepada orang ramai tentang isu ini yang boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang