‘Kau datang wad bawa nasi goreng…’ Jururawat m@ut langgar belakang lori, rakan sebak imbau pertemuan terakhir

No Image Caption
A
A
A

PEMERGIAN jururawat Universiti Putra Malaysia (UPM), Nurul Ilham Noordin, 29, akibat kemalangan tragis bukan sekadar meruntun hati keluarga, malah meninggalkan kesan mendalam buat rakan-rakan seperjuangannya.

Seorang rakan sekerja yang dikenali sebagai @yatiesein7 di TikTok meluahkan rasa simpati apabila menerima perkhabaran duka tersebut.

Menerusi video yang kini tular, Yatie berkongsi momen indah bersama Allahyarham, termasuk aktiviti harian dan gambar gelak tawa mereka yang kini tinggal kenangan semata.

"Terakhir jumpa Ahad malam. Kau datang wad bawa nasi goreng. Nak lepak, nak borak tapi sebab sibuk, dapat cakap sekejap saja. Tak sangka itu kali terakhir," tulisnya.

Mereka yang sama-sama bertugas di Hospital Sultan Abdul Aziz Shah, UPM, dilihat sering berkongsi suka duka dalam dunia kejururawatan.

Menurutnya, tiada siapa menyangka, insan yang sentiasa memberi keceriaan sebelum ini meninggalkan mereka dalam sekelip mata.

“Rehatlah, Ilham. Awak dah terlalu sakit tadi. Semoga ditempatkan di syurga firdaus,” luahnya penuh sayu.

Menjengah ke ruangan komen, orang ramai tidak henti-henti menzahirkan rasa sebak lebih-lebih lagi setelah video rakaman dashcam ketika kemalangan tular di media sosial.

Artikel Berkaitan:

Terdahulu, Allahyarham Nurul Ilham terlibat dalam kemalangan menyayat hati selepas motosikal yang ditungganginya merempuh belakang sebuah lori yang berhenti di lorong kecemasan.

Kesan pelanggaran itu, arwah tercampak dan digilis dua kenderaan lain di Lebuhraya Lingkaran Penyuraian Trafik Kajang (SILK) pada Selasa sekitar jam 1 petang.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang