Kejam! Buang janin dalam tandas stesen minyak, mak ayah 'ibu' dipercayai subahat, sempat belikan tuala wanita

No Image Caption
A
A
A

LULUH hati menyaksikan video tular ini. Ke mana hilangnya kemanusiaan hingga sanggup membuang darah daging ke dalam mangkuk tandas sampai hilang nyawa!

Menerusi sebuah video yang tular di laman sosial, kes yang dipercayai berlaku di sebuah stesen minyak di Johor.

Menerusi perkongsian pemilik media sosial bernama Naim, video dari rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati seorang wanita memasuki tandas berkenaan.

Pada klip video, lelaki itu mendakwa wanita berkenaan tiba di stesen minyak berkenaan bersama ibu bapa dan kedua-duanya sempat membelikan tuala wanita untuk anaknya. 

"Buang anak di stesen minyak. Mak ayah masuk dalam siap belikan pad untuk anak," kongsinya.

Artikel Berkaitan:


No Image Caption



Sementara itu, pihak bomba sedaya upaya berusaha mengeluarkan janin berkenaan biarpun berhadapan halangan.

Namun bahagian kepala janin berkenaan didakwa telah pecah.

"Ya ALLAH, kasihannya.

"Penemuan satu janin bayi perempuan di dalam mangkuk tandas di Benut pada jam 9.40 pagi tadi. 

"Janin telah dikeluarkan oleh sepasukan Bomba dari Bbp Pontian dan kes diserahkan kepada forensik polis untuk tindakan lanjut," kongsinya.

Video yang berdurasi satu minit 48 saat itu menjadi tular selepas dimuat naik semula di laman sosial Instagram.

Warganet menzahirkan rasa sedih melihat keadaan bayi berkenaan.

"Ya ALLAH, terseksa jasadnya."

"Sedih tengok. Orang yang tak ada anak tunggu bertahun-tahun. Yang dapat buang sahaja."

"Binatang pun sayangkan anaknya...'

No Image Caption



IBU SUDAH DIKENAL PASTI, SEDANG DIRAWAT 

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintenden Mohammad Shofee Tayib berkata, janin tersebut kemudian dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru untuk bedah siasat.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan niat untuk menyembunyikan kelahiran anak,” katanya ketika dihubungi pada Sabtu.

Menurut beliau, hasil siasatan awal membawa kepada pengecaman seorang wanita yang disyaki terlibat dalam kejadian berkenaan dan kini sedang menerima rawatan di hospital.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Wan Nor Ismaliza Wan Ismail di talian 016-208 9835.

Sumber: TikTok naim 48734, Instagam Kongsi.viral, Sinar Harian

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang