Tragis! Memandu tanpa lesen punca bergaduh, suami dakwa isteri maut kerana terjun dari van

No Image Caption
A
A
A

KEMATIAN wanita yang dipercayai tercampak dari van di tepi Lebuh Raya Shah Alam (KESAS) berdekatan kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Awan Besar baru-baru ini benar-benar menyentuh hati warganet.

Masakan tidak, maut dalam keadaan tragis, tubuh wanita itu juga didakwa keadaan sangat teruk dan ada beberapa lebam.

Namun dalam perkembangan terbaharu, hasil soal siasat yang dijalankan terhadap suami wanita berkenaan, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata wanita berusia 44 tahun berkenaan bertindak terjun dari van yang dinaikinya.

Malah, jelasnya lagi, lelaki berusia 50 tahun yang positif dadah jenis methamphetamine, amphetamine dan benzo itu juga mendedahkan punca pergaduhan.

“Siasatan mendapati sebelum kejadian, berlaku pertengkaran antara pasangan itu mengenai penggunaan van oleh isterinya yang tidak memiliki lesen memandu.

No Image Caption



“Semasa pertengkaran, wanita itu memberitahu mahu terjun sebelum benar-benar melakukannya, dan suami meneruskan perjalanan pulang ke rumah,” katanya.

Lelaki berkenaan kini direman selama empat hari sehingga Sabtu ini bagi membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan.

Difahamkan, Suspek yang bekerja sebagai penghantar barangan penghawa dingin mempunyai satu rekod jenayah lampau dan dua rekod berkaitan dadah.

Artikel Berkaitan:


Imbas kembali dalam kejadian pada jam 2.35 petang baru-baru ini, polis menerima maklumat daripada seorang lelaki yang melihat wanita tercampak dari sebuah van, sebelum kenderaan itu terus meninggalkan lokasi kejadian di Lebuhraya Kesas.

Siasatan di lokasi kejadian mengesahkan wanita itu telah meninggal dunia.

Susulan itu, polis menahan suami wanita terbabit kira-kira jam 6 petang pada hari yang sama.

Menurut saksi kejadian dikenali sebagai Faizan Ahmad, 34, sempat melihat wanita berkenaan masih hidup ketika bergolek di atas jalan raya dan meminta diberikan bantuan pernafasan (CPR)

Faizan juga berkata van berkenaan memecut laju selepas mencampak wanita tersebut ke atas jalan raya.

Sumber: Sinar Harian

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang