Kejamnya pembunuhan Zayn Rayyan, leher dijerut & dubur luka. 'Lelangit lebam, mulut dimasukkan benda asing secara paksa'
PERBICARAAN kes pembunuhan kanak-kanak autistik, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin terus mendedahkan fakta-fakta yang menyayat hati. Dalam perkembangan terbaru, si kecil malang itu disahkan meninggal dunia akibat dijerut pada leher dan bukannya lemas.
Perkara itu dimaklumkan, saksi pendakwaan ke-27, Pakar Perubatan Perunding Forensik, Hospital Pasir Gudang, Johor, Dr Rohayu Shahar Adnan ketika sesi pemeriksaan utama Timbalan Pendakwa Raya, Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin.
Lebih mengejutkan, beliau juga yang menyimpulkan punca kematian kanak-kanak itu adalah dipercayai menggunakan tali, lanyard, atau kain yang dipintal.
Dr Rohayu, 54, yang sebelum ini bertugas di Hospital Sungai Buloh yang melakukan bedah siasat terhadap mayat Zayn Rayyan yang berpakaian seragam sekolah pada 12 tengah hari, 7 Disember 2023. Difahamkan, jasad Zayn berketinggian 119 sentimeter (sm) dan berat badan 17.2 kilogram memakai dengan lampin pakai buang.
Berikut adalah 19 fakta memilukan berkaitan hasil dapatan beliau berdasarkan bedah siasat:

1-Jelas Dr Rohayu, kesan jerutan pada leher yang bertindih terletak 6 sentimeter (cm) di bawah telinga kanan dan kiri. Otot leher serta kelenjar tiroid di bawah kesan jerutan berkenaan turut didapati lebam.
2-Kesan jerutan berkenaan katanya boleh terhasil daripada sebarang objek dibentuk contohnya tali, lanyard atau kain dipintal.
3-Malah kedudukan jerutan adalah sama iaitu 6cm di bawah telinga kanan dan kiri maka kesan ini adalah horizontal (melintang).
4-Menurutnya, kesan trauma tumpul dan tajam itu tidak mematikan tetapi adalah penderaan fizikal ke atas arwah Zayn Rayyan.
5-Difahamkan, tiada luka pertahanan atau luka menumbuk dan menendang dilihat pada arwah Zayn Rayyan.
6-Beliau juga berkata, kecederaan Zayn Rayyan adalah kecederaan ‘perimortem’ atau kecederaan baru sejurus sebelum kematian kerana terdapat kesan reaksi sistem pertahanan badan yang dapat dilihat melalui pemeriksaan mikroskopik.
7-Kedutan pada kulit tapak tangan dan kaki kesan rendaman air iaitu kulit yang berkedut-kedut atau dinamakan ‘washer woman appearance’ bukannya punca kematian kerana arwah tidak mati lemas di dalam air. Malah tiada penyakit serius pada organ dalaman yang ditemui.
Artikel berkaitan:
- 'Dia tak pernah kacau orang'. Pengasuh pilu Zayn Rayyan sudah tiada, berikut kronologi 32 jam meruntun hati
- Dibawa ke blok kediaman Damansara Damai, ibu Zayn Rayyan buat lakonan semula situasi kejadian
- 'Dia 'pergi' dengan baju kesukaannya.' Terima kunjungan Ebit Lew, Ibu Zayn Rayyan mahu pembunuh ditemui & dihukum

8-Jerutan pada leher yang melebamkan otot leher dan kelenjar tiroid menunjukkan ianya cukup kuat sehingga menyekat kemasukan oksigen untuk ke paru-paru dan otak yang melemaskan arwah mengakibatkan kematian.
9- Dr Rohayu menyimpulkan sebab kematian Zayn Rayyan sebagai ‘ligature strangulation’ (jerut).
10-Selain itu saksi yang berkhidmat dalam bidang perubatan forensik semenjak tahun 2003 berkata, terdapat benda asing ditemui pada rongga pernafasan dan dalam perut Zayn Rayyan.
11-Beliau mendapati lelangit anak sulung kepada pasangan tertuduh itu turut lebam, menunjukkan benda asing terbabit dimasuk secara paksa ke dalam mulut.
12-Bagaimanapun beliau berkata, benda asing itu tidak membawa kepada kematian kerana punca kematiannya bukan tercekik.
13-Katanya, bahagian dubur kanak-kanak malang itu juga terdapat luka-luka koyak dan lelasan akibat kemasukan objek tumpul tetapi ianya tidak mematikan.
14-Ada kesan trauma tumpul seperti lebam di mata, dahi, bibir, belakang kepala, rahang, tengkuk, belakang bahu kanan, antara dua belikat, belakang badan, dada, abdomen, sisi kanan badan, lengan kanan serta kiri.

15-Turut didapati luka potongan, tikaman dan hirisan di telinga kiri sehingga belakang kepala sebelah kiri.
16-Hirisan turut dikesan di belakang kepala sebelah kanan, luka hirisan pada lengan kanan atas dan luka hirisan pada lengan bawah kanan.
17-Menurutnya, kesan-kesan trauma tumpul dan tajam ini tidak mematikan tetapi merupakan penderaan fizikal ke atas mangsa.
18-Jasad si mati telah mula membusuk, berdasarkan warna kulitnya yang kehijauan, mengelupas dan abdomen yang mengembung.
19-Tiada luka pertahanan atau luka menumbuk atau menendang dilihat pada mangsa.

Dr Rohayu, yang kini bertugas di bahagian sama di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Pasir Gudang, Johor memberi keterangan pada hari ke-15 prosiding perbicaraan pertuduhan pengabaian dihadapi Zaim Ikhwan Zahari, 30, dan Ismanira Abdul Manaf, 30, di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Dr Syahliza Warnoh.
Mengikut pertuduhan pindaan, Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf yang kedua-duanya berusia 30 tahun itu sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap anak mereka Zayn Rayyan Abdul Matin yang berusia enam tahun (ketika kejadian) didakwa bersama-sama mengabaikannya dengan cara yang mungkin menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di sekitar kawasan Blok R, Apartment Idaman, Damansara Damai sehingga ke kawasan sungai berdekatan apartment berkenaan antara 12 tengah hari, 5 Disember dan 9.55 malam pada 6 Disember 2023 dan jasad anak kecil itu ditemukan keesokannya jam 10 malam dalam keadaan terbaring berhampiran anak sungai.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Sama-sama kita doakan pembunuh Zayn akan diberikan hukuman yang setimpal.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
