Dibawa ke blok kediaman Damansara Damai, ibu Zayn Rayyan buat lakonan semula situasi kejadian

No Image Caption
A
A
A

[DIKEMAS KINI] IBU Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin dibawa kembali ke kediaman mereka di Apartment Idaman, Damansara Damai untuk melakonkan semula aksi berkenaan.

Difahamkan, wanita berusia 28 tahun itu dibawa polis untuk melakonkan semula situasi kejadian semasa kehilangan Zayn sehinggalah mayatnya ditemui pada 6 Disember tahun lalu.

Portal berita tempatan melaporkan sebuah van polis tanpa logo Polis Diraja Malaysia (PDRM) membawa ibu mangsa ke lokasi kediamannya di blok R pada jam 10.15 pagi.

No Image Caption

Difahamkan, wanita itu juga akan di bawa semula ke kediaman dan lokasi kanak-kanak berkenaan ditemui iaitu saliran sungai yang terletak kira-kira 200 meter dari blok kediaman yang dihuni keluarga berkenaan bagi melakonkan semula kejadian.

Anggota polis turut dilihat membawa patung kanak-kanak namun belum pasti tujuan kegunaan patung berkenaan.

Gambar fail
Gambar fail

Baca juga: Luahan bapa Zayn Rayyan di mahkamah. 'Saya dianiaya, ini semua fitnah'

Baca juga: Bekas Timbalan Pendakwa Raya kini dilantik peguam baharu, usaha jumpa ibu bapa Zayn Rayyan

Baca juga: Atas sebab tertentu, peguam ibu bapa Zayn Rayyan tarik diri. 'Saya doakan kes ini berjalan lancar'

Baca juga: 'Dia 'pergi' dengan baju kesukaannya.' Terima kunjungan Ebit Lew, Ibu Zayn Rayyan mahu pembunuh ditemui & dihukum

Baca juga:'Dia tak pernah kacau orang'. Pengasuh pilu Zayn Rayyan sudah tiada, berikut kronologi 32 jam meruntun hati

Selain kediamannya di blok R, si ibu yang memakai baju tahanan berwarna oren turut dibawa ke lokasi penemuan Zayn Rayyan iaitu saliran sungai yang terletak kira-kira 200 meter rumah.

Difahamkan, sesi itu berlangsung dua jam apabila kenderaan membawa wanita berkenaan dilihat keluar dari kawasan perumahan pada jam 12.20 tengah hari iaitu.

Hanya ibu Zayn berada di sana manakala kelibat bapanya tidak kelihatan.

Siasatan berakhir sebaik kenderaan yang membawa Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain meninggalkan kawasan Apartment Idaman, Damansara Damai, jam 2.08 petang.

Kira-kira 2.30 petang, beberapa kenderaan polis dan forensik dilihat beredar dari kawasan kediaman terbabit serta pita kuning diletakkan di laluan masuk lokasi kejadian.

PERNAH DILAKUKAN DISEMBER LALU

Lakonan semula tidak asing bagi kes ini. Sebelum ini lakonan semula telah dilakukan kanak-kanak yang mendakwa melihat Zayn Rayyan lima jam sebelum mangsa dilaporkan hilang pada 5 Disember lalu.

Gambar fail
Gambar fail

Pada 15 Disember, kanak-kanak berkenaan melakonkan aksi berkenaan dengan dibantu anggota serta pegawai Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.

Ia dijalankan berdasarkan dua saksi kanak-kanak yang juga rakan kepada arwah untuk mengesan bukti bermula dari anak tangga Blok R hingga menuju ke anak sungai lokasi anak istimewa itu ditemui.

Ibu bapa Zayn Rayyan kini sedang direman bagi siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan selepas ditahan di Puncak Alam pada 31 Mei.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang