'Khairul Aming dah ada pesaing.' Tak edit atau guna filter, video tetap viral. Gelagat Kak Cik Yah kongsi resipi bikin terhibur

BULAN Ramadan bukan sekadar bulan untuk melipat gandakan amal ibadah, bahkan ketika ini pelbagai juadah istimewa dan rare dikongsikan.
Baik di media sosial mahupun dijual di bazar Ramadan. Bukan itu sahaja, waktu inilah muncul ramai pempengaruh yang turut berkongsikan resipi ciptaan masing-masing.
Nama-nama terkenal seperti Khairul Amin, Che Nom dan ramai lagi menjadi tumpuan sehinggakan resipi mereka tular sama ada dikongsikan atau dicuba sendiri oleh peminat.
Namun, baru-baru ini tular seorang warga emas yang memperkenalkan dirinya sebagai Kak Cik Yah. Gelagatnya yang bersahaja berkongsi hidangan hasil air tangannya begitu mencuit hati.
Bahkan, beliau turut mempromosikan tempat-tempat makan yang menarik.
Biarpun gaya beliau tidak seperti pempengaruh lain yang siap edit terlebih dahulu sebelum memuat naik mahupun menggunakan filter, namun video wanita itu tetap viral.
Selain warga maya yang terhibur dengan gelagat beliau memasak, ada juga selebriti yang turut menonton dan meninggalkan komen dalam videonya.

"Teringin nak makan masakan Cik Yah."
Demikian komen yang ditulis pelakon dan hos terkenal Sherry Al-Hadad kepada satu video yang dimuat naik Kak Cik Yah baru-baru ini.
Selain itu, warga maya turut menitipkan komen buat warga emas itu.
"Saya pakai earfon fully bass, dgr CikYah tumbok, hilang migrain saya."
"Nampaknya Khairul Aming dah ada persaingan."
"mola mola is a must!"
"Asalnya saya ikut cikyah sebab nak belajar lauk kampung, tak sangka cikyah dah viral satu Malaya."
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang