‘Sayonara John dan Vicky’ – Isteri Azizulhasni Awang sebak perpisahan John Beasley, anggap jurulatih suami seperti keluarga sendiri

No Image Caption
A
A
A

BUKAN mudah mengucapkan selamat tinggal kepada insan yang sudah menjadi sebahagian daripada perjalanan hidup, apatah lagi apabila hubungan yang terjalin sudah seperti keluarga sendiri.

Itulah luahan isteri jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizul Hasni Awang, To’ Puan Athiah Ilyana Abd Samad, yang tidak dapat menyembunyikan rasa sedih ketika mengucapkan selamat tinggal jurulatih suaminya, John Beasley dan isteri, Vicky Beasley.

Menerusi perkongsian di media sosial, Athiah memuat naik video memaparkan anak-anak mereka sedih dan berpelukan dengan Beasley dan isteri. 

Dia malah mengakui tidak menyangka perpisahan dengan bekas Pengarah Teknikal & Ketua Jurulatih Berbasikal Trek Kebangsaa itu akan meninggalkan kesan emosi yang begitu mendalam buat mereka sekeluarga.

“Selamat tinggal, John dan Vicky… Saya tahu mengucapkan selamat tinggal pasti menyedihkan, tetapi saya tidak menyangka ia akan sesedih ini,” tulisnya.

Bagi Athiah, Beasley bukan sekadar individu yang melatih suaminya dalam sukan berbasikal, malah memainkan peranan besar dalam membentuk Azizul menjadi atlet dan insan seperti hari ini.

No Image Caption

Artikel berkaitan: 

Di sebalik pingat dan kejayaan yang diraih Azizul, Beasley banyak memberikan bimbingan, kepercayaan dan sokongan selama bertahun-tahun termasuk ketika Azizul menghadapi cabaran yang tidak diketahui ramai.

Artikel Berkaitan:

"John, anda bukan sekadar jurulatih kepada Azizul. Anda telah banyak membantu membentuk dirinya menjadi atlet dan insan seperti yang kita kenali hari ini. Di sebalik setiap pingat yang diraih, tersimpan bertahun-tahun bimbingan, kepercayaan dan keprihatinan anda, baik ketika kejayaan diraikan semua mahupun saat sukar yang tidak ramai tahu.

"Sebagai isterinya, saya akan sentiasa berterima kasih atas kesudian anda untuk terus berada di sisinya sepanjang perjalanan ini," kongsinya.

Lebih menyentuh hati, Athiah menyifatkan John dan Vicky antara insan paling baik yang pernah ditemuinya.

No Image Caption

Hubungan yang terjalin selama ini membuatkan kedua-duanya bukan lagi sekadar kenalan, malah sudah dianggap sebahagian daripada keluarga mereka.

"John dan Vicky ialah antara insan paling baik yang pernah saya temui. Anda berdua sudah menjadi sebahagian daripada keluarga kami dan sukar untuk membayangkan kehidupan tanpa kehadiran anda berdua di sisi.

"Kami sangat menyayangi anda berdua. Terima kasih kerana menjadi sebahagian besar daripada kehidupan kami. Kami akan merindui anda berdua lebih daripada apa yang mampu diungkapkan dengan kata-kata," titipnya.

“Kami akan merindui anda lebih daripada apa yang mampu diungkapkan dengan kata-kata,” katanya.

Luahan penuh emosi itu memperlihatkan bahawa di sebalik perjalanan seorang atlet mencapai kejayaan, terdapat insan yang turut meninggalkan kesan mendalam kepada keluarga, termasuk mereka yang bersama-sama mengharungi pelbagai cabaran sepanjang perjalanan tersebut.

Warganet turut tersentuh momen terakhir anak-anaknya berpelukan dengan Beasly dan isteri.

Terdahulu, Beasley mula membimbing skuad Malaysia pada tahun 2006 bertanggungjawab membentuk Azizulhasni daripada seorang pelumba muda sehingga menjadi Juara Dunia pada tahun 2017, pemenang pingat gangsa Olimpik Rio 2016 dan perak Olimpik Tokyo 2020.

Pingat emas dalam acara keirin pada Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 yang dimenangi Azizulhasni menjadi hadiah perpisahan yang amat bermakna buat Beasley sebelum beliau menamatkan perkhidmatannya.

Kontrak berakhir secara rasmi pada 31 Oktober 2026, Beasley difahamkan berpindah ke Jepun untuk membimbing skuad berbasikal negara matahari terbit itu, dengan sasaran menutup karier kejurulatihannya di Sukan Olimpik Los Angeles 2028.

Sumber: Instagram

 

Ketahui fakta sains di sebalik kes unik ini dalam episod penuh di YouTube SinarPlus sekarang :

https : https://youtube.com/live/pHRfUApQsLs

#sinarplus #dna #podcastclips #genz #MyHealtp60 #PantaiHospitalMelaka

SinarPlus - Lifestyle, Health & Beauty and Community news">

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang