KJ kongsi keperibadian Allahyarham Tun Abdullah sebagai bapa mentua: ‘Sesibuk mana pun, akan berhenti dan pergi solat’
SUDAH seminggu pemergian Perdana Menteri Malaysia Kelima, Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Hari ini, bekas ahli politik, Khairy Jamaluddin, berkongsi pandangannya terhadap keperibadian ayah mentuanya dari sudut seorang menantu.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok Hot FM, Khairy Jamaluddin atau lebih dikenali sebagai KJ menyifatkan Tun Abdullah, yang mesra disapa Pak Lah, sebagai seorang yang berperibadi mulia dan penyayang.
“Pak mentua yang sangat mendidik, penyayang. Tak pernah tinggikan suara terhadap saya ataupun terhadap sesiapa. Seorang yang sangat penyabar.
“Apa yang kita tahu, apa yang kita dengar dan lihat tentang Pak Lah itu, itulah dia. Beliau memang seorang yang sangat sederhana.
“Selalu beliau ingatkan kami supaya sabar ketika membuat keputusan. Jangan buat dalam keadaan marah. Sebab itu agaknya ramai yang kata arwah adalah seorang ‘nice guy’ dalam dunia politik. Ramai yang terkejut macam mana ‘nice guy’ macam ni boleh panjat tangga politik sampai ke... Perdana Menteri. Sampai ke puncak kerjaya. Ya, betul. Tapi itu semua takdir ALAH, kan?
“ALLAH yang menentukan bahawa seorang yang begitu baik sekali boleh berjaya dalam dunia politik,” katanya.

Dalam pada itu, Khairy turut berkongsi bahawa Pak Lah seorang yang sangat menitikberatkan soal agama.
“Seorang yang sangat warak. Masuk waktu saja, dia mesti solat. Walau sesibuk mana pun, sewaktu menjadi Perdana Menteri sekalipun, dia akan berhenti apa yang sedang dilakukan dan terus pergi solat,” tambahnya lagi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
