Kubur 6 sekeluarga dipantau, keluarga tak selesa orang melawat buat perkara pelik. 'Ambil tanah, ritual melampau, itu tidak boleh'

No Image Caption
A
A
A

 

KUBUR enam beranak yang maut dalam tragedi di Sungai Korok baru-baru ini kini di bawah pemantauan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK).

Pemantauan tersebut susulan aduan daripada masyarakat setempat yang melaporkan kebimbangan berhubung kewujudan unsur mencurigakan di lokasi perkuburan tersebut.

Langkah berkenaan dilakukan bagi mengelak berlakunya sebarang aktiviti khurafat yang bercanggah dengan ajaran Islam.

Menurut Pengarah JHEAIK, Datuk Dr Abd Ghani@Zulkifli Zainuddin, pihaknya telah mengarahkan anggota bertugas untuk membuat pemantauan berterusan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bohor Karang, Jerlun tetapi tidak teragak-agak untuk memasang penghadang pada kubur tiga beranak itu.

“Kita belum memasang sebarang tali atau sekatan di kawasan perkuburan tersebut namun pemantauan tetap dijalankan dari semasa ke semasa.

“Tindakan akan diambil jika terbukti terdapat amalan yang bertentangan dengan syariat Islam,” katanya semasa dihubungi pada Khamis.

Abdul Ghani dalam masa yang sama menyeru masyarakat tidak melakukan perkara khurafat yang bercanggah dengan agama dan logik akal di samping menggesa pihak masjid memainkan peranan membanteras perbuatan bertentangan akidah di kawasan perkuburan.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

Usaha berkenaan katanya penting bagi mengelakkan kejadian berlaku di kubur arwah Nurly Sahirah Azman, pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang maut dalam kemalangan di Gerik baru-baru ini.

“Pihak masjid tidak menghalang orang ramai untuk menziarahi pusara arwah namun menegaskan agar tiada perkara syirik dilakukan.

“Ziarah tiada masalah, tapi jangan buat benda yang bercanggah dengan agama. Ambil tanah kubur atau buat ritual yang melampau, itu tidak boleh. Kami akan lapor kepada pihak berkuasa jika berlaku,” katanya.

Sementara itu, adik kepada arwah Mohamad Azim Izat Ishak, iaitu Mohamad Adlan Solehin, 24, turut menyuarakan harapan keluarga agar masyarakat menghormati suasana perkuburan.

No Image Caption

Ujarnya, pihak keluarga memahami hasrat orang ramai yang ke rumah mereka kerana bersimpati dan mahu mendoakan arwah.

“Tak ada masalah untuk datang ziarah kubur. Tapi jangan buat benda yang tak elok.

"Kami sebagai keluarga pun tidak selesa jika ada yang buat perkara pelik di kawasan kubur,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan pasangan suami isteri, Mohamad Azim Izat Ishak, 32, dan Nurul Hidayah Khadijah Razman Efendi, 31, bersama empat anak mereka iaitu Putra Rayyan, 9; Hawa Adriana, 8; Annayla Humaira, 7; dan bayi lelaki, Tuah Haydar, 6 bulan, maut selepas kereta dinaiki terbabas ke dalam Sungai Korok, awal pagi Sabtu lalu.

Kesemua jenazah dikebumikan dalam satu liang lahad pada Isnin lalu di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bohor Karang, Jerlun.

No Image Caption

Sekadar info, Selain MOhamad Azim Izat, 32, tragedi menyayat hati itu meragut nyawa isterinya Nurul Hidayah,31, dan empat anak mereka iaitu Putra Rayyan Nur Izzat, 9; Hawa Adriana Nur Izzat, 8; Annayla Humaira Nur Izzat, 7; dan Tuah Haydar, bayi lelaki berusia enam bulan.

Kesemua jenazah telah selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bukit, Jerlun.

SinarPlus terdahulu berkongsi kisah pilu enam sekeluarga yang gagal dikesan sejak Sabtu selepas pulang dari rumah adik di Taman Aman, Jitra.

Kehilangan keluarga itu terungkai apabila orang awam melihat bumbung sebuah kereta yang kelihatan terapung di permukaan Sungai Korok pada pagi Isnin.

Ia membawa kepada penemuan enam sekeluarga tidak bernyawa di dalam sebuah kereta jenis Proton Iswara yang tenggelam di dasar sungai.

Sumber: Sinar Harian

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang